Followers

19 August 2010

Musim Tekanan Perasaan??

Hmm.. sekarang ni agaknya musim tekanan perasaan kot.. kat dalam diri saya ade lah lebih kurang 40%, tp yg saya nak bincangkan hari ni, bukanlah tentang saya sangat, tapi mengenai masyarakat di luar sana.. Sekarang ini banyak sangat dah kes buang bayi, tetak mentetak ni.. adoi.. dah rasa macam malas nak tengok berita taw.. surat khabar pun nak xnak je bace.. tapi kena bace gak.. Kosmo, bukan sekadar berita.. hihi, surat khabar kesayangan saya. Tanpa mu hidup ku xbmakna. yeah!!

Berbalik pada cerita tadi, erm, saya nk komen banyak pun, saya pun tekanan gak, huhu.. macam2 yang berlaku pada diriku ini. eh, lupe plak tadi, bukan nak cerita pasal saya kan. first things sakli kes buang bayi. adoi, kecian tengok gambar mayat bayi yang di buang di merata2 tempat. di longkang, sungai, tong sampah. korang ingat bayi ni sampah masyarakat ke?? sebenarnya korang 'yang membuang' tulah sampah masyarakat yang sebenar, yang patut di buang kt tong sampah tu. huh.. geram ni. fikirlah cikit, org yang dh berkahwin, yang telah 'halal' untuk hubungan itu, berhempah pulas, berusaha mengerah tenaga untuk mempunyai bayi yang bernama 'cahaya mata'. bukan setakat mereka yang telah berkahwin saje, secara peribadi pn, saya pun teringin juga ingin mempunyai cahaya mata, tapi impian itu akan di tunaikan selepas berumah tangga. saya percaya bukan saya saje yang ade impian tu semua, ramai yang kat luar sana pun same kan.. :)


-credit pic from google image-

Dalam hal ini kita nk salah kan siapa?? salah yang 'membuat,? atau salah ibu bapa sebab kurang didikan agama?? atau salah masyarakat yang tak ambil tahu pasal 'yang membuat' ni?? marilah kita fikirkan dan renungkan. Kesialah pada 'nyawa' yang xbersalah ni.. Semua pihak merayu pada anda yang 'bakal membuat'. fikirkanlah sebelum buat.

Dalam hal kedua pula, masalah tetak mentetak ni. adoi.. ni pun masalah gak. mereka yang mentetak ni mempunyai kelebihan yang sepatutnya di gunakan utk bekerja di pasar. ada plak tetak manusia, baik ko g pasar, tetak ayam kat pasar tu, tetak ikan, sayur pun boleh.. sila gunakan kemahiran anda di tempat yang betul. Tapi secara logiknya, insan yang suke main tetak2 ni, dia ade tekanan perasaan yang mungkin teruk, tapi yang normal pun boleh kene tekanan perasaan gak dan xmustahil boleh join 'kelab tetak menetak' ni. Boleh di katakan juga 'Tekanan perasaan ini adalah pembunuh secara senyap". So, cm mana sekarang, dalam hal ini pulak kite nk salah kan siapa? Salahkan tekanan ke? huhu, mmg agak logik.

-Credit pic from google image-

Setiap yang bergelar insan atau manusia di muka bumi Allah ini, tidak lagi dari mempunyai masalah sendiri. apa yang membezakan, ialah cara kita mengatasi masalah tersebut. Bagi saya, saya akui saya sendiri mempunyai tekanan yang agak berat. apa yang saya buat adalah menangis selagi mampu, sampai bengkak mata pun xpe, janji kita puas. kedua, saya akan pergi ke tempat saya mencari ketenangan. lokasi perlulah di rahsiakan. :) ketiga, berdoa dan memohon pertolongan dripadaNYA agar diri saya kembali tenang. jika perlu, kongsilah perasaan dan tekanan bersama yang tersayang. Insya Allah, semuanya akan kembali seperti sedia kala. Ingatlah setiap masalah yang datang, setiap dugaan yang di turun akan adalah untuk mematang kan kita, mendewasakan kita. Bersyukurlah sekurang2nya Allah masih ingat kan kita. percayalah, Allah tidak zalim. Allah tidak akan turunkan dugaan dan musibah yang teruk, setiap musibah yang diturunkan sebenarnya kita mampu menghadapinya, antara menggunakan akal fikiran atau tidak, itulah yang membezakan kita bagi meyelesaikan masalah yang sedang di hadapi. Entri ini sebagai peringatan pada saya dan setiap pada kamu yang membaca. :)

nota kaki: "Kekasih pilihan ALLAH di hadiahi dugaan tanda kasihNYA, x dibiarkan lena dalam dakapan lazat melimpah.. tapi dihidangkan keperitan, kesusahan dan kepayahan yang tiada sudahnya.. segala yang berlaku itu pasti akan ada kesudahannya.. PERCAYALAH..

No comments:

Post a Comment