Tidak dinamakan hidup jika tidak ada dugaan dan cabaran. Tidak dinamakan kematangan jika tidak ada kekecewaan.
Followers
30 August 2010
Coretan Kata..
26 August 2010
Andai Bisa..
Kenapa ALLAH temukan kita dgn org yg salah??
24 August 2010
Coretan kata
Bingkisan kata (part 2)
Suatu masa kita akan bertemu seseorang yang keunikannya sehaluan dengan kita, kita bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan cinta. Ada sesuatu yang tidak ingin kita lepaskan. Seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.
Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih mengingatinya, ketika kita masih menunggunya dengan setia, ketika dia mula mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum. Apabila cinta tidak tercapai, bebaskan diri, biarkan hati kembali melebarkan sayap dan terbang ke alam bebas lagi. Ingatlah, bahawa kita mungkin akan menemukan cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya.
Seseorang yang kuat bukannya mereka yang selalu menang, melainkan mereka yang tetap gigih ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kita belajar tentang diri sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat.
Mencintai bukanlah bagaimana kita melupakan, mendengar, melihat dan melepaskan tapi bagaimana kita memaafkan, mengerti, merasakan dan bertahan. Lebih berbahaya menitiskan airmata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, tetapi air mata yang tersembunyi mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang.
Dalam cinta sesama manusia, kita sering sukar untuk menang. Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya kerana kita bahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kita mencintai diri sendiri. Akan tiba saatnya di mana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, tapi kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya. Sebaliknya, apabila kita benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti kita benar-benar mencintai. Berjuanglah demi cintamu, itulah cinta sejati. Lebih baik menanti orang yang kita inginkan daripada berjalan bersama orang yang sedia ada. Kadangkala, orang yang kita cintai adalah orang yang paling menyakiti hati dan kadangkala teman yang menangis bersama adalah cinta yang tidak kita sedari.
nota kaki : 'Cinta adalah dimana kita mencari, dan terus mencari. Setelah kita menemui cinta hati, tiba masanya kita belajar menghargai, menyayangi dan mengasihi dirinya. Pada masa itu, bermacam perasaan yang akan kita lalui. ada yang indah, pahit, manis, payau dan mcm2 lagi. dan di saat itu, barulah kita sedar yang inilah yang dinama kan CINTA..
19 August 2010
Hati Yang Terpilih
For the rest of my life..
Musim Tekanan Perasaan??
Berbalik pada cerita tadi, erm, saya nk komen banyak pun, saya pun tekanan gak, huhu.. macam2 yang berlaku pada diriku ini. eh, lupe plak tadi, bukan nak cerita pasal saya kan. first things sakli kes buang bayi. adoi, kecian tengok gambar mayat bayi yang di buang di merata2 tempat. di longkang, sungai, tong sampah. korang ingat bayi ni sampah masyarakat ke?? sebenarnya korang 'yang membuang' tulah sampah masyarakat yang sebenar, yang patut di buang kt tong sampah tu. huh.. geram ni. fikirlah cikit, org yang dh berkahwin, yang telah 'halal' untuk hubungan itu, berhempah pulas, berusaha mengerah tenaga untuk mempunyai bayi yang bernama 'cahaya mata'. bukan setakat mereka yang telah berkahwin saje, secara peribadi pn, saya pun teringin juga ingin mempunyai cahaya mata, tapi impian itu akan di tunaikan selepas berumah tangga. saya percaya bukan saya saje yang ade impian tu semua, ramai yang kat luar sana pun same kan.. :)
-credit pic from google image-
Dalam hal ini kita nk salah kan siapa?? salah yang 'membuat,? atau salah ibu bapa sebab kurang didikan agama?? atau salah masyarakat yang tak ambil tahu pasal 'yang membuat' ni?? marilah kita fikirkan dan renungkan. Kesialah pada 'nyawa' yang xbersalah ni.. Semua pihak merayu pada anda yang 'bakal membuat'. fikirkanlah sebelum buat.Dalam hal kedua pula, masalah tetak mentetak ni. adoi.. ni pun masalah gak. mereka yang mentetak ni mempunyai kelebihan yang sepatutnya di gunakan utk bekerja di pasar. ada plak tetak manusia, baik ko g pasar, tetak ayam kat pasar tu, tetak ikan, sayur pun boleh.. sila gunakan kemahiran anda di tempat yang betul. Tapi secara logiknya, insan yang suke main tetak2 ni, dia ade tekanan perasaan yang mungkin teruk, tapi yang normal pun boleh kene tekanan perasaan gak dan xmustahil boleh join 'kelab tetak menetak' ni. Boleh di katakan juga 'Tekanan perasaan ini adalah pembunuh secara senyap". So, cm mana sekarang, dalam hal ini pulak kite nk salah kan siapa? Salahkan tekanan ke? huhu, mmg agak logik.
-Credit pic from google image-
Setiap yang bergelar insan atau manusia di muka bumi Allah ini, tidak lagi dari mempunyai masalah sendiri. apa yang membezakan, ialah cara kita mengatasi masalah tersebut. Bagi saya, saya akui saya sendiri mempunyai tekanan yang agak berat. apa yang saya buat adalah menangis selagi mampu, sampai bengkak mata pun xpe, janji kita puas. kedua, saya akan pergi ke tempat saya mencari ketenangan. lokasi perlulah di rahsiakan. :) ketiga, berdoa dan memohon pertolongan dripadaNYA agar diri saya kembali tenang. jika perlu, kongsilah perasaan dan tekanan bersama yang tersayang. Insya Allah, semuanya akan kembali seperti sedia kala. Ingatlah setiap masalah yang datang, setiap dugaan yang di turun akan adalah untuk mematang kan kita, mendewasakan kita. Bersyukurlah sekurang2nya Allah masih ingat kan kita. percayalah, Allah tidak zalim. Allah tidak akan turunkan dugaan dan musibah yang teruk, setiap musibah yang diturunkan sebenarnya kita mampu menghadapinya, antara menggunakan akal fikiran atau tidak, itulah yang membezakan kita bagi meyelesaikan masalah yang sedang di hadapi. Entri ini sebagai peringatan pada saya dan setiap pada kamu yang membaca. :)
nota kaki: "Kekasih pilihan ALLAH di hadiahi dugaan tanda kasihNYA, x dibiarkan lena dalam dakapan lazat melimpah.. tapi dihidangkan keperitan, kesusahan dan kepayahan yang tiada sudahnya.. segala yang berlaku itu pasti akan ada kesudahannya.. PERCAYALAH..
10 August 2010
Bingkisan Kata.. (Edisi 1)
Setiap wanita mengimpikan calon suami yang terbaik, sempurna dan bermacam lagi.. bagi saya, cukuplah seorg lelaki itu dapat membimbimg diriku ke jalan yang di redhai Alla S.A.W, bertangungjawab atas keluarganya, keluargaku dan diriku, menerima segala kelemahan diriku seadanya. selebihnya, biarlah kita sama-sama berkenalan selepas melayari bahtera rumah tangga. Bak kata org tua-tua, perangai sebelum dan selepas berkahwin amatlah berbeza sekali. ada pepatah mengatakan, 'In life, Allah does not give u people u want, instead HE gives u people u need, to teach u, to hurt u, to love u, and make u excatly the way u should be'.. Yes, thats right.. Allah bg kita pasangan yang kita perlukan, yang lebih mengenali diri kita dari kita mengenal diri kita sendiri. Kita mungkin tidak akan dapat lelaki yang kita 'ingin kan', kita 'impikan', kononnya mcm prince charming tu.. mungkin tidak.. tapi kita akan dapat lebih dr prince charming.. huhu.. walahualam..
seperti yang sy ktakan, sy telah meng'copy' sesuatu di laman sesawang 'facebook'.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
- sejujurnya, ciri-ciri lelaki atau calon suami di atas mungkin terlalu baik utk diriku. aku xselayak mendapat suami sebaik itu. bg diriku, cukuplah sekadar memenuhi ciri yang ke 2 sampai 5. yang 1 tu, hmm bergantung pd individu..
nota tangan : Antara tanda kebesaran Allah ialah, dijadikan setiap makhluk berpasangan-pasangan , dijadikana wanita dan lelaki, jantan dan betina, agar ia tidak kesunyian, tidak kesepian dalam menjalani hari-hari mendatang. Saling melengkapi, saling memahami, saling mengasihi dan menyintai semata-mata kerana Allah.
"Wanita Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Lelaki Adam, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki... .untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya denga penuh kehormatan dan kasih sayang."
Termenung ku sendiri
Hidup ni macam roda, kadang2 kita kt atas kadang2 kita kt bwh. ape yang kita rsa, mgkin satu hari nanti org lain akan rsa dan mgkin ape yg org lain rasa, kita kan rasa.. hmm.. kadang2 ape yang aku lalui sekarang rasanya macam dah xsanggup utk hadapi lagi. kadang2 aku putus asa. kenapalah ia terjadi pada ku. teringat satu kenangan dulu.. aku sayang dia, aku mulai cinta dia, tapi saat aku sayang dan cinta, kenapa dia hilang dari pandanganku.. kenapa mesti ia terjadi padaku. adakah dia bukan yang di ciptakan untuk ku.. tp semua dh jadi kenangan, biarpun 'tergantung' tetapi aku yakin dia ingin mengkhiri segalanya. sukarkah untuk berterus terang dgn ape yg kau rsa? jgn mengunakan alsan utk tidak menyakitkan hyatiku, aku nak kau tahu dengan cara ini kau sudah cukup menyakitkan hatiku. bagai di hiris sembilu. Semoga Allah temukan dikau dgn insan yang lebih baik dariku. aku tahu aku xsempurna utk bersama mu, tidak layak utk mendampingimu..
03 August 2010
Berjimba bersama Muhamad Iman Bin Muhammad Faisal
Nama saya Muhamad Iman bin Muhammad Faisal
01 August 2010
Kembali Di sini..
selma ku menyepi, mcm2 yg dh terjadi.. hmm,.. byk pekra yg mematangkan aku.. byk yg aku belajar.. aku dh dp keje an berhenti selepas 8bln bekerja.. huhu.. mmg syg nk tinggalkan keje tu.. tp, keadaan dh memaksa dan mendesak.. hm, 'melayu'.. so korang phmlh mksud aku kan..
klu dh melayu yg ada PHD tu, mmg ade PHD gak lh.. org yg belajar PHD kt luar tu dpt title DR.. tp dowg yg ambil PHD ni,dpt title DOSA.. hmm.. tlglah.. klu terus berperngai mcm tu, smpai bila melayu nk maju.. So tolong pk kan dan henti2kan lah tabiat menjatuhkan org lain demi kepuasan dan kepentingan diri sendiri.. =)..
nota kaki: entri ni, aku mengingatkan diri aku dan yg kat luar sna tu.. renung2kan dan selamat berpuasa.. hehe..