Followers

29 November 2012

- Berubah -


Ye, betul, manusia boleh berubah. Berubah kerana manusia lain, masa, waktu dan keadaan. Disebabkan itu, manusia boleh lupa diri, lupa budi, lupa segala pengorbanan yang telah org lain lakukan demi kebahagiaan orang lain.

Itulah yang jadi pada keadaan sekarang, kerana manusia lain, ada insan lain yang teraniaya. Bukan nak buka aib orang, tapi kita sekadar manusia, yang tak pernah lari dari kesalahan dan kesilapan. kita patut bersyukur bila ada org lain yang sudi menasihati dan menegur kita. mengingatkan apa yang kita pernah terlupa, apa yang pernah kita lakukan. 

Kita perlu ingat, sebenarnya ORG yg mnegur kita adalah dari Allah. Peringatan tu dari Allah. Cuma cara Allah tegur kita mlalui pantaraan manusia. Kita bukan sesiapa tuk dpt wahyu terus dari Allah. Jadi, Allah bagi teguran itu mlalui mereka yg menegur kita.Allah bg kkuatan kpd mrk utk mnegur kita. Terima kasih walaupun adakalanya hati terasa pedih. Igtlah HIDAYAH itu milik Allah, kita manusia hanya menjadi perantara sahaja.

Memang perit, pedih melalui situasi ape yang saya tengah hadapi. Pengorbanan yang telah dilakukan, dilupekan dalam sekelip mata. Insan yang banyak membantu semasa senang, boleh di lupakan. Saya sangat kesal. Bukan itu sahaja, malah menuduh kita yang kita tidak matang, 'mulut jahat', tak respek orang. Apakah istilah respek pada pandangan anda? adakah saya bergitu terlalu kurang ajar? atau anda xlayak di respek? saya masih menghormati anda, tapi anda buat saya hilang sabar. Anda sangat tidak matang. Lari dari masalah, tak dapat terima kenyataan dan hakikat. Tolonglah, fikirlah apa yang telah anda lakukan pada orang lain.

Malah anda telah membuka aib sendiri. Mungkin anda yang tidak sedar. Kesilapan anda ialah, tidak merasa diri itu salah, dan anda hanya fikirkan, anda saja yang betul, walaupun anda telah menyiksa jiwa org lain. Orang tuamu. Sesekali buang ego da fikirkan, kenapa semua ini terjadi. Kenapa dia sakit? kenapa dia taknakbalik rumah suaminya? Fikirlah. Malah anda telah memburukan orang lain. dan buat semua org memandang serong pada kami. SEMUA ITU TERJADI KERANA ANDA YAKIN ANDA TAK SALAH DAN ANDA BERADA DI PIHAKYANG BETUL!!..

Jadi, apa jua pendapat, nasihat dan teguran org lain, mmg tidak anda terima. Seolah rasakan diri kami tak layak mengeur anda. Teruskan berasa demikian, sekurang-kurangnya sy telah berusaha memulihkan keadaan, dan sy seorang yang matang, menghadapi masalah. Segala masalah hidup ini, mematangkan sy. Dan saya seolah tidak lagi mengenali anda KERANA ANDA YANG SY KENAL SUNGGUH RASIONAL DAN BERILMU. tapi anda yang sy kenal sekarang, ........ tak dapat di luahkan dgn kata-kata. Takut ia menjadi satu penghinaan. 

Selamat berfikir dan beramal. dan terima kasih kerana telah membuang saya dari hidup anda. Tapi ingatlah, darah yang mengalir dalam badan anda itu, adalah darah yang sama mengalir dalam diri saya. Kerana kita datang darah daging yang sama.

Buat semua yang memandang serong pada kami, terima kasih kerana anda turut tidak matang. Masalah ini tidak ada mengena dgn anda, untuk alasan apa kami dipandang serong? Jangan dengar cerita sebelah pihak sahaja, dengar kedua-dua belah pihak, sebelum anda menjatuhkan hukuman. dan sekali lagi, terima kasih kerana mematangkan kami.

Nota kaki : cerita tidak ada kene mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Sekadar meluahkan isi hati yang telah lama di pendam dan yang diperolehi dari mimpi semasa tidur.



26 November 2012

- JOM KITA LIKE -

 
 Baru-baru ni terpandang satu contest di facebook. Teruja nak join. Ni lah contestnya :



Tanpa melengahkan masa ( tapi agak lengah gak, mencari gambar yang sesuai), saya terus upload gambar. Jadi ini lah hasilnya, just klik link kat bawah ni, dia akan pergi direct ke page tu. Just follow the instruction taw : 





Jom lah support kami. Like anda amatla di hargai.

Terima kasih u olsss :)


23 November 2012

- Hingga Akhir Nanti -

Awak,
Kita berkenalan secara tidak sengaja,
adalah perancangan Allah.

Kita berkawan begitu lama bertahan,
persahabatan kita pun,
Allah yang rancang.

Kita dikurniakan rasa suka,
antara satu sama lain pun,
Allah yang beri..

Kita masih bersama,
Walau banyak dugaan menimpa,
Allah yang aturkan..

Kita dikurniakan,
Kesedaran dan keinsafan juga,
Kerana Allah sayang pada kita..

Kita berjauhan,
Untuk mencapai redha-Nya juga,
Dia yang rancang..

Kita berdoa,
Untuk kebahagiaan masing-masing juga,
Allah yang detikkan dalam hati kita..

Dan ketahuilah,
Sama ada hubungan kita akan bekekalan hingga ke syurga,
atau, 
terputus di tengah jalan juga,
Allah yang akan tetapkan..

Andai kamu, MOHAMAD HAFIZ BIN ESA,
Jodoh yang telah ditetapkan,
Allah di Luh Mahfuz untuk saya..

InsyaAllah,
Kita akan bertemu juga,
Walau dipisahkan dengan jarak dan masa..

Subhanallah aku mencintainya

Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Ya Allah,
Jagakan dia untukku,
Peliharalah imannya,
tabahkan hatinya,
dan..
Bahagiakannya selalu..

Amin Ya Rabbal..

Dariku untukmu,
-Ida-





Luahan hati, Menghurai kata

Kehadapan hati,
Aku tahu kau selalu di sakiti, di lukai,
tapi kau terus tabah melalui hidup,
kau terus kuat mengharungi onar dan ranjau hidup,
kadang-kadang,
aku ingin menjadi kuat sepertimu, ingin terus tabah bersamamu..

Wahai Hati,
Dugaan menjadi tunangan org sangat maha dasyat,
Dugaan menjadi tunangan org sangat maha hebat,
Dugaan menjadi tunangan org sangat maha menguji,
Dugaan menjadi tunangan org sangat maha menduga,
Betapa kuatnya dugaan yang Allah beikan untuk menguji,
kekuatan, kesetiaan, dua hati, yang bakal di satukan,
yang bakal bersama, semata-mata kerana Allah.

Wahai Hati,
Kadangkala aku rimas,
Kadangkala aku penat,
Kadangkala aku kecewa,
Kadangkala aku putus asa,
Untuk meneruskan hubungan,
Untuk meneruskan ikatan,
Kerana aku tidak kuat,
untuk mengharungi,
Untuk meneruskan,
Kerana aku tidak sekuatmu, wahai hatiku..

Dia buatku rasa di uji,
Dia buatku rasa teruji,
Dia buatku rasa tercabar,
Kerana tahap kesabaranku ada hadnya.

Aku akui,
Tanpa dia, aku sunyi,
Tanpa dia, aku sepi,
Tanpa dia, aku merasa kehilangan,

Tetapi,
Kadangkala aku perlu melepaskannya,
Membiarkan dia, hidup tanpaku,
Kerana ku tahu, mungkin dia lebih bahagia tanpaku,
Hidupnya lebih tenang, tanpa kehadiranku.

Ya Allah,
Andai dirinya tercipta untukku,
Satukanlah hati kami,
Murahkanlah rezeki kami,
Jauhkan kami dari segala pekara yang boleh mengubah hati dan cinta kami,
Satukan kami atas nama cinta Mu, YA ALLAH..

Buatmu, wahai hatiku,
Teruskan dengan ketabahan mu,
Teruskan kuat, demiku,
Teruslah, bersamaku
Kerana, hanya mu yang menguatkan diriku, semangatku..



Nota kaki : Wahai semua yang membaca, terbaca luahan ini, Doakan kebahagiaan kami, doakan, agar cinta kami kekal hingga akhir hayat, hingga syurga :)