Followers

23 November 2012

Luahan hati, Menghurai kata

Kehadapan hati,
Aku tahu kau selalu di sakiti, di lukai,
tapi kau terus tabah melalui hidup,
kau terus kuat mengharungi onar dan ranjau hidup,
kadang-kadang,
aku ingin menjadi kuat sepertimu, ingin terus tabah bersamamu..

Wahai Hati,
Dugaan menjadi tunangan org sangat maha dasyat,
Dugaan menjadi tunangan org sangat maha hebat,
Dugaan menjadi tunangan org sangat maha menguji,
Dugaan menjadi tunangan org sangat maha menduga,
Betapa kuatnya dugaan yang Allah beikan untuk menguji,
kekuatan, kesetiaan, dua hati, yang bakal di satukan,
yang bakal bersama, semata-mata kerana Allah.

Wahai Hati,
Kadangkala aku rimas,
Kadangkala aku penat,
Kadangkala aku kecewa,
Kadangkala aku putus asa,
Untuk meneruskan hubungan,
Untuk meneruskan ikatan,
Kerana aku tidak kuat,
untuk mengharungi,
Untuk meneruskan,
Kerana aku tidak sekuatmu, wahai hatiku..

Dia buatku rasa di uji,
Dia buatku rasa teruji,
Dia buatku rasa tercabar,
Kerana tahap kesabaranku ada hadnya.

Aku akui,
Tanpa dia, aku sunyi,
Tanpa dia, aku sepi,
Tanpa dia, aku merasa kehilangan,

Tetapi,
Kadangkala aku perlu melepaskannya,
Membiarkan dia, hidup tanpaku,
Kerana ku tahu, mungkin dia lebih bahagia tanpaku,
Hidupnya lebih tenang, tanpa kehadiranku.

Ya Allah,
Andai dirinya tercipta untukku,
Satukanlah hati kami,
Murahkanlah rezeki kami,
Jauhkan kami dari segala pekara yang boleh mengubah hati dan cinta kami,
Satukan kami atas nama cinta Mu, YA ALLAH..

Buatmu, wahai hatiku,
Teruskan dengan ketabahan mu,
Teruskan kuat, demiku,
Teruslah, bersamaku
Kerana, hanya mu yang menguatkan diriku, semangatku..



Nota kaki : Wahai semua yang membaca, terbaca luahan ini, Doakan kebahagiaan kami, doakan, agar cinta kami kekal hingga akhir hayat, hingga syurga :)



No comments:

Post a Comment