Tidak dinamakan hidup jika tidak ada dugaan dan cabaran. Tidak dinamakan kematangan jika tidak ada kekecewaan.
Followers
14 December 2012
Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa?
07 December 2012
Bila dah bosan, ni lah hasilnya :)
Dalam diam-diam, tak sangka dah 2 tahun 7 bulan 1 minggu dan 2 hari kami berkenalan. Haha, mengimbau kenangan, cinta di muka buku. Saya yang mengorat dia, ye, mengaku. Padahal masa tu masing-masing da ade bf/gf. Tapi kalau nak kawan-kawan tak salah kan. Kawan jek. Tak lebih dari tu :P ( Dalam hati, poypoy jek) Sepanjang pekenalan kami, kami berkongsi minat yang sama. Dia minat kereta, saya pun sama, kami sama-sama kaki wayang. Bkn setakat kaki, seluruh badan. Pantang ada cerita baru kat wayang, laju je nak gi tgk. Tapi jodoh kami berkawan tak panjang pun.. Last-last dah taknak kawan.. Uwekk,,, xnak kawan :p
Setelah lama tak kawan, masing-masing bawa haluan sendiri, sy pun mencari-cari bf baru la, nak kawin kan.. ade kenal dgn someone, tp malangnya, tak lama. Bye bye la kat dia. Tapi, akhir bln 3, dia ni nak kawan balik dgn kita. Jadi bermula la saat kami berkenalan semula, mengenal hati dan budi. Tapi dia ni perasaan kacak sgt, smpai banyak pilihan, Bak kata kawan baik dia, abg olie, dia ade pilihan dari A -Z. Isk isk, xtaw nak pilih yang mna. Ramai tu.. Korang Ada? Kompem la xde. Hanya org-org yang kacak jek, mampu buat cm ni.. HAhHAHAH.. gelak jahat :p kami kenal balik da 1 thn 8 bulan 2 minggu 1 hari. HIKHIK
Lepas dah kenal-kenal, raya tahun 2011, dia bawa saya jumpe family dia. Saya pun sama. First time ni, memang nebes tahap melampaula, takut kene reject dan di reject. Tapi, bkn nak puji la, mmg agak gentelman la, dia menyatakan hasrat hatinya pada ayahku pada pertemuan kali pertama. Wahhh!! sweet child of mine.. Tahniah yek.. Akhirnya, bila di luluskan oleh kementerian Rumah tangga cheras dan selayang, akhirnya sy bergelar tunang dia. dan sekarang masih bergelar tunang. Da 7 bln, 1 minggu dan 2 hari je.. Ade 160+++ to go nih.. GO Go Go GO !! Tapi dalam jadi tunang ni, huh jgn cakapla, jadi tunang kepada Mohamad Hafiz Esa ni betul-betul menguji kekuatan mental dan fizikal. dah jd mental pun ye gak.. HAHAHA..
Lagi 5 bln, 3 minggu dan 3 hari lagi nak bergelar isteri yang sah, yang kau kucup dahinya, yang kau peluk dirinya, yang kau sygi dia. Wahhh!! gelojoh i taw.. Insya Allah. Banyak lagi dugaan dan rintangan yang perlu di lalui ni. Doakan dipermudahkan segalanya. Banyak lagi benda xsetel ni. Nak kene setelkan cepat, sementara stok masih ada.. Kelas kau JAH !!
Cerita ini tak lagi sama
Meski hatimu selalu di sini
Mengertilah bahwa ku tak berubah
Lihat aku dari sisi yang lain
Bersandar padaku, rasakan hatiku
Bersandar padaku
Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu tuk memelukku
Kau melengkapiku, kau sempurnakan aku
Waktu yang telah kita lalui
Buatmu jadi lebih berarti
Luluhkan kerasnya dinding hati
Engkaulah satu yang aku cari
Bersandar padaku, rasakan hatiku
Bersandar padaku ooh
Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu tuk memelukku
Kau melengkapiku, kau sempurnakan aku
Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu menemaniku
Kau menenangkanku, kau melegakan aku
Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu tuk memelukku
Kau melengkapiku, kau sempurnakan aku
Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu menemaniku
Kau menenangkanku, kau melegakan aku
29 November 2012
- Berubah -
Memang perit, pedih melalui situasi ape yang saya tengah hadapi. Pengorbanan yang telah dilakukan, dilupekan dalam sekelip mata. Insan yang banyak membantu semasa senang, boleh di lupakan. Saya sangat kesal. Bukan itu sahaja, malah menuduh kita yang kita tidak matang, 'mulut jahat', tak respek orang. Apakah istilah respek pada pandangan anda? adakah saya bergitu terlalu kurang ajar? atau anda xlayak di respek? saya masih menghormati anda, tapi anda buat saya hilang sabar. Anda sangat tidak matang. Lari dari masalah, tak dapat terima kenyataan dan hakikat. Tolonglah, fikirlah apa yang telah anda lakukan pada orang lain.
Malah anda telah membuka aib sendiri. Mungkin anda yang tidak sedar. Kesilapan anda ialah, tidak merasa diri itu salah, dan anda hanya fikirkan, anda saja yang betul, walaupun anda telah menyiksa jiwa org lain. Orang tuamu. Sesekali buang ego da fikirkan, kenapa semua ini terjadi. Kenapa dia sakit? kenapa dia taknakbalik rumah suaminya? Fikirlah. Malah anda telah memburukan orang lain. dan buat semua org memandang serong pada kami. SEMUA ITU TERJADI KERANA ANDA YAKIN ANDA TAK SALAH DAN ANDA BERADA DI PIHAKYANG BETUL!!..
Jadi, apa jua pendapat, nasihat dan teguran org lain, mmg tidak anda terima. Seolah rasakan diri kami tak layak mengeur anda. Teruskan berasa demikian, sekurang-kurangnya sy telah berusaha memulihkan keadaan, dan sy seorang yang matang, menghadapi masalah. Segala masalah hidup ini, mematangkan sy. Dan saya seolah tidak lagi mengenali anda KERANA ANDA YANG SY KENAL SUNGGUH RASIONAL DAN BERILMU. tapi anda yang sy kenal sekarang, ........ tak dapat di luahkan dgn kata-kata. Takut ia menjadi satu penghinaan.
Selamat berfikir dan beramal. dan terima kasih kerana telah membuang saya dari hidup anda. Tapi ingatlah, darah yang mengalir dalam badan anda itu, adalah darah yang sama mengalir dalam diri saya. Kerana kita datang darah daging yang sama.
Buat semua yang memandang serong pada kami, terima kasih kerana anda turut tidak matang. Masalah ini tidak ada mengena dgn anda, untuk alasan apa kami dipandang serong? Jangan dengar cerita sebelah pihak sahaja, dengar kedua-dua belah pihak, sebelum anda menjatuhkan hukuman. dan sekali lagi, terima kasih kerana mematangkan kami.
Nota kaki : cerita tidak ada kene mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Sekadar meluahkan isi hati yang telah lama di pendam dan yang diperolehi dari mimpi semasa tidur.
23 November 2012
- Hingga Akhir Nanti -
Luahan hati, Menghurai kata
Aku tahu kau selalu di sakiti, di lukai,
tapi kau terus tabah melalui hidup,
kau terus kuat mengharungi onar dan ranjau hidup,
kadang-kadang,
aku ingin menjadi kuat sepertimu, ingin terus tabah bersamamu..
Wahai Hati,
Dugaan menjadi tunangan org sangat maha dasyat,
Dugaan menjadi tunangan org sangat maha hebat,
Dugaan menjadi tunangan org sangat maha menguji,
Dugaan menjadi tunangan org sangat maha menduga,
Betapa kuatnya dugaan yang Allah beikan untuk menguji,
kekuatan, kesetiaan, dua hati, yang bakal di satukan,
yang bakal bersama, semata-mata kerana Allah.
Wahai Hati,
Kadangkala aku rimas,
Kadangkala aku penat,
Kadangkala aku kecewa,
Kadangkala aku putus asa,
Untuk meneruskan hubungan,
Untuk meneruskan ikatan,
Kerana aku tidak kuat,
untuk mengharungi,
Untuk meneruskan,
Kerana aku tidak sekuatmu, wahai hatiku..
Dia buatku rasa di uji,
Dia buatku rasa teruji,
Dia buatku rasa tercabar,
Kerana tahap kesabaranku ada hadnya.
Aku akui,
Tanpa dia, aku sunyi,
Tanpa dia, aku sepi,
Tanpa dia, aku merasa kehilangan,
Tetapi,
Kadangkala aku perlu melepaskannya,
Membiarkan dia, hidup tanpaku,
Kerana ku tahu, mungkin dia lebih bahagia tanpaku,
Hidupnya lebih tenang, tanpa kehadiranku.
Ya Allah,
Andai dirinya tercipta untukku,
Satukanlah hati kami,
Murahkanlah rezeki kami,
Jauhkan kami dari segala pekara yang boleh mengubah hati dan cinta kami,
Satukan kami atas nama cinta Mu, YA ALLAH..
Buatmu, wahai hatiku,
Teruskan dengan ketabahan mu,
Teruskan kuat, demiku,
Teruslah, bersamaku
Kerana, hanya mu yang menguatkan diriku, semangatku..
Nota kaki : Wahai semua yang membaca, terbaca luahan ini, Doakan kebahagiaan kami, doakan, agar cinta kami kekal hingga akhir hayat, hingga syurga :)
08 October 2012
- Dari ku untuk Mu -

28 September 2012
- Andai Lelaki tahu..-
21 September 2012
- Luahan Hati, Penawar Luka -
13 July 2012
- DIA Kekasihku -
03 April 2012
- CiNtA MuKa BuKu -
Kisah cinta kami bermula di muka buka. Dari kawan biasa, menjadi teman rapat. Dia seorg sahabat dan abg yang baik utkku, Maklumla, sy ni xde abg, anak sulung. Namun Hubungan perkenalan dan persahabatan kami tidak berpanjangan kerana saat itu, dia masih dimiliki oleh org lain dan dia membuat keputusan untuk bersamanya. Aku redha, dan mulai saat itu aku cuba dan terus mencuba untuk melupakannya. Pengantinya ku cari, namun tak seperti dirinya.

Dia bknlah sehebat Nabi Muhammad SAW, bknlah setampan Nabi Yusuf AS, namun dia cukup sempurna sebagai manusia biasa dan cukup sempurna di mata ku. Walaupun perangainya agak menyakitkan hati, tapi bila tak bertemu timbul rasa rindu. Walaupun banyak benda yang dibuat menguris hati, tapi ia tak standing dengan kasih sayang yang telah diberikan.


Disaat aku telah kehilangannya, Aku hanya berdoa dan berserah. Yakin, andai dia tercipta untukku, kami akan kembali bersama. 6 bulan selepas itu, penantian ku berakhir. Sekembalinya dari menunaikan umrah di tanah suci Mekkah, dia kembali mencariku, menghadiakan 2 pasang jubah dan persahabatan kami kembali terjalin. Saat pertama kali bertemu semula, bila dia membawaku mengikutinya ke bukit tinggi bersama rakan-rakan kelab keretanya. Agak terkejut, tapi Alhamdulilah, mungkin ini permulaan persahabatan kami sekali lagi. Namun cerah tak berpanjangan, sekali lagi hubungan kami di turunkan dugaan dan hampir membuat aku berputus asa untuk meneruskannya.
Kata org, kalau dah jodoh tak kemana, pada bln Januari 2012, keluarganya telah datang untuk merisik dan kami bakal mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat. Saat yang indah apabila aku turut di lamar juga di muka buku. Nilah baru dinamakan CINTA MUKA BUKU. Insya Allah, jika diizinkan Allah, 2013 menjadi saksi penyatuan hati kami dan disaat itu, sepanjang hidupku akan bersamamu hingga akhir hayat, aku milikmu. Semoga cinta kita terus teguh dan kukuh dan kerana cinta kita semata-mata hanya kerana Allah S.w.t. Amin.


CINTA ITU APABILA BERTEMU & KITA MEMBUAT PILIHAN YG TEPAT
15 November 2011
SeMpUrNa
12 November 2011
Hadirku hanya untuk mu
Yang Ku Pinta..

26 September 2010
-Bilakah masanya-
kau memg hebat, boleh uat segalanya sesuka hati tanpa fikirkan aku. kau xnak uat aku kecik hati? tapi kau dh pun buat, jadi terima kasih.. aku taw saat ini kau sedang bebahagia dgn dirinya sedangkan aku mencari cara untuk menghilangkan kelukaan di hati, kekecewaan di fikiran.. sungguh aku xkuat menghadapi segalanya, tapi aku akan cuba bangun dari segalanya.. kepergian kau sudah cukup meninggalkan segala duka, sedih hingga kering air mata. aku xsangka sanggup kau uat aku begini..
baiklah, kalau ini jln yang kau pilih, aku akan ikut segalanya.. doakan kebahagiaan aku.. dan semoga aku temui insan yang ikhlas tehadapku.. terima kasih atas segalanya..
nota tangan: sekadar luahan di hati.. maaf kalau ada yang terluka.. bukan niat utk melukakan sesiapa..
23 September 2010
-Perlu ke?
nota tangan: pekara dia ats xde kene mengena dengan sesiapa pn, sekadar luahan hati, xde kene mengena dgn yg masih hidup ataupun yang bakal meninggalkan kita. tp sesape yang terasa tu, minta maaflah, spe yang makan gula, dia yang terasa manis.. peace not war v('',)v











