Followers

03 April 2012

- CiNtA MuKa BuKu -

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kisah cinta kami bermula di muka buka. Dari kawan biasa, menjadi teman rapat. Dia seorg sahabat dan abg yang baik utkku, Maklumla, sy ni xde abg, anak sulung. Namun Hubungan perkenalan dan persahabatan kami tidak berpanjangan kerana saat itu, dia masih dimiliki oleh org lain dan dia membuat keputusan untuk bersamanya. Aku redha, dan mulai saat itu aku cuba dan terus mencuba untuk melupakannya. Pengantinya ku cari, namun tak seperti dirinya.


* pic yang di ambil buat kali pertama*

Dia bknlah sehebat Nabi Muhammad SAW, bknlah setampan Nabi Yusuf AS, namun dia cukup sempurna sebagai manusia biasa dan cukup sempurna di mata ku. Walaupun perangainya agak menyakitkan hati, tapi bila tak bertemu timbul rasa rindu. Walaupun banyak benda yang dibuat menguris hati, tapi ia tak standing dengan kasih sayang yang telah diberikan.





Disaat aku telah kehilangannya, Aku hanya berdoa dan berserah. Yakin, andai dia tercipta untukku, kami akan kembali bersama. 6 bulan selepas itu, penantian ku berakhir. Sekembalinya dari menunaikan umrah di tanah suci Mekkah, dia kembali mencariku, menghadiakan 2 pasang jubah dan persahabatan kami kembali terjalin. Saat pertama kali bertemu semula, bila dia membawaku mengikutinya ke bukit tinggi bersama rakan-rakan kelab keretanya. Agak terkejut, tapi Alhamdulilah, mungkin ini permulaan persahabatan kami sekali lagi. Namun cerah tak berpanjangan, sekali lagi hubungan kami di turunkan dugaan dan hampir membuat aku berputus asa untuk meneruskannya.

Kata org, kalau dah jodoh tak kemana, pada bln Januari 2012, keluarganya telah datang untuk merisik dan kami bakal mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat. Saat yang indah apabila aku turut di lamar juga di muka buku. Nilah baru dinamakan CINTA MUKA BUKU. Insya Allah, jika diizinkan Allah, 2013 menjadi saksi penyatuan hati kami dan disaat itu, sepanjang hidupku akan bersamamu hingga akhir hayat, aku milikmu. Semoga cinta kita terus teguh dan kukuh dan kerana cinta kita semata-mata hanya kerana Allah S.w.t. Amin.


CINTA ITU APABILA BERTEMU & KITA MEMBUAT PILIHAN YG TEPAT


2 comments: