Followers

10 August 2010

Bingkisan Kata.. (Edisi 1)

Sekadar ingin berkongsi apa yang aku dapat dalam laman sesawang 'mukabuku' atau 'facebook'. terima kasih kepada yang menulis, maaf krn meng'copy' artikel ini tnpa kebenaran saudara/saudari.. sekadar ingin berkongsi dgn yang lain, dan semoga ia memberi kesan dan pengajaran pd kita semua dalam mengharungi hidup ini..

Setiap wanita mengimpikan calon suami yang terbaik, sempurna dan bermacam lagi.. bagi saya, cukuplah seorg lelaki itu dapat membimbimg diriku ke jalan yang di redhai Alla S.A.W, bertangungjawab atas keluarganya, keluargaku dan diriku, menerima segala kelemahan diriku seadanya. selebihnya, biarlah kita sama-sama berkenalan selepas melayari bahtera rumah tangga. Bak kata org tua-tua, perangai sebelum dan selepas berkahwin amatlah berbeza sekali. ada pepatah mengatakan, 'In life, Allah does not give u people u want, instead HE gives u people u need, to teach u, to hurt u, to love u, and make u excatly the way u should be'.. Yes, thats right.. Allah bg kita pasangan yang kita perlukan, yang lebih mengenali diri kita dari kita mengenal diri kita sendiri. Kita mungkin tidak akan dapat lelaki yang kita 'ingin kan', kita 'impikan', kononnya mcm prince charming tu.. mungkin tidak.. tapi kita akan dapat lebih dr prince charming.. huhu.. walahualam..

seperti yang sy ktakan, sy telah meng'copy' sesuatu di laman sesawang 'facebook'.


10 Sifat Calon Suami Yang Baik



1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.


5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


- sejujurnya, ciri-ciri lelaki atau calon suami di atas mungkin terlalu baik utk diriku. aku xselayak mendapat suami sebaik itu. bg diriku, cukuplah sekadar memenuhi ciri yang ke 2 sampai 5. yang 1 tu, hmm bergantung pd individu..


nota tangan : Antara tanda kebesaran Allah ialah, dijadikan setiap makhluk berpasangan-pasangan , dijadikana wanita dan lelaki, jantan dan betina, agar ia tidak kesunyian, tidak kesepian dalam menjalani hari-hari mendatang. Saling melengkapi, saling memahami, saling mengasihi dan menyintai semata-mata kerana Allah.

"Wanita Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Lelaki Adam, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki... .untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya denga penuh kehormatan dan kasih sayang."

No comments:

Post a Comment