Followers

28 October 2011

DOA SEWAKTU BERSUJUD & KEISTIMEWAANNYA



Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja didalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati."

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. ' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski! p! un aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)benda itu: "Jadilah Engkau!", maka ia terus menjadi"-ayat 82, surah Yassin.

-Welcome Nov 2011-

Assalamualaikum semua.. wah dah lama menyepikan diri.. tibe-tibe post welcome nov 2011.. haha, mmg agak xbetul laaa.. nak uat cm ner, dah bz sgt, xde mood pon yer gak.. So lepas nih, sy akan rajin lebih untuk mengupdate blog.. Luv yaa..



26 September 2010

-Bilakah masanya-

Hmm.. bilakah masanya, akan ku pulih segalanya. pulih dr segala kekecewaan.. kekecewaan cinta yang uat aku sush nk bercinta lagi. segala perasaan telah hilang, tertutup sudah pintu hatiku.. telah aku campak kunci pembukanya, campak terus ke dasar laut.. aku bosan, aku bengang dan terima kasih pada yang telah mengecewkanku.. teruskan begini, teruskan mengecewakanku.. semoga kau sentiasa bahagia.. kau uat aku xpecaya pada cinta lg, tetup pintu hati.. hebat sungguh dirimu..

kau memg hebat, boleh uat segalanya sesuka hati tanpa fikirkan aku. kau xnak uat aku kecik hati? tapi kau dh pun buat, jadi terima kasih.. aku taw saat ini kau sedang bebahagia dgn dirinya sedangkan aku mencari cara untuk menghilangkan kelukaan di hati, kekecewaan di fikiran.. sungguh aku xkuat menghadapi segalanya, tapi aku akan cuba bangun dari segalanya.. kepergian kau sudah cukup meninggalkan segala duka, sedih hingga kering air mata. aku xsangka sanggup kau uat aku begini..

baiklah, kalau ini jln yang kau pilih, aku akan ikut segalanya.. doakan kebahagiaan aku.. dan semoga aku temui insan yang ikhlas tehadapku.. terima kasih atas segalanya..

nota tangan: sekadar luahan di hati.. maaf kalau ada yang terluka.. bukan niat utk melukakan sesiapa..

-Untuk Kamooo-

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku
Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua
Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku
Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan ...Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka
Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedariS
egala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut
nota tangan: lagu ini utk kamoo...

23 September 2010

-Perlu ke?

adoi.. sakit jiwa aku, aku ingat benda ni dah settel, upenya blm lg.. adoi sakit jiwa raga aku.. pastu,blh plak nak kol, nk tnya.. klu rsa dh suke, ambil jelh.. xyah kot nk tanya nk nak uat sakit ati aku, terseksa der nk layan bnd2 ni. tension.. Sendiri dh uat pilihan, ye mmg dia dh terbaik pn tuk anda. jd teruskan.. xyah nk keluarkan statment yang 'kita dah xde pape'.. yang satu lg aku terima, statment yang paling menyeronokkan, yang paling manis aku terima,'ko kecewkan dia dh ade org lain'.. pergh.. terima kasih banyak atas pengeluaran sttment yang agak menjatuhkan maruah aku.. aku bkn nak gaduh dgn sape2, tu hak korang, so just proceed.. aku just doakan korang bahagia..

nota tangan: pekara dia ats xde kene mengena dengan sesiapa pn, sekadar luahan hati, xde kene mengena dgn yg masih hidup ataupun yang bakal meninggalkan kita. tp sesape yang terasa tu, minta maaflah, spe yang makan gula, dia yang terasa manis.. peace not war v('',)v

17 September 2010

-Aku sakit-

ye.. aku sakit.. sakit hati, sakit jiwa dan terima kasih kepada insan yang mempermainkan hati dan perasaan aku.. ye, aku mmg sgt penat. Npe mesti berulang kembali luka lama, mengapa perlu di hiris lagi hti ini setelah segala kesetiaan ku berikan pada mu. aku sedar aku insan yang hina mungkin xlayak utkmu kan shingga kau terus membuang aku tanpa memikirkan persaan ku.. hanya tangisan airmta mengiringi syawal ku, malam ku dan hari ku.. hatiku hancr luluh.. terima kasih sayang atas segalanya..

06 September 2010

-Kesedihan-

hmm.. mood arini mmg sedih.. sedih sgt.. smpai xtercpai akal ku.. hehe.. macam nak meluahkan sesuatu je..

hmm..
sepi hati terjadi lagi,
mungkin sampai mati aku sepi..
biar senyum hadir di hatiku,
namun ini hanya bibir saja,
bukan di hati,
aku ini, yang bisa mengerti,
walaupun aku cuba tidak mahu mengerti.
namun aku tiada pilihan, ku harus jua melaluinya,
biarkan saja, biar saja, biar saja,
hanya ku yang tahu, hanya ku yang menanggung segalanya,
sejarah cinta dan hidupku,
penuh duri dan banyak ranjau,
banyak onak dan duri,
perlukan kesabaran yang penuh utk tetap ku berdiri..
hanya kesabaran yang ada..
sepanjang ku bisa atas semua,
aku tetap diam....
nota tangan: aku dan sepi bagai irama dan lagu, cube dipisahkan, tapi xboleh dipisahkan, kadang-kadang ia terpisah, tapi kembali bersatu di kala masa dan waktu.. doakan agar aku terus tabah dan sabar. sesungguhnya, aku amat menyayngi dirimu..