Followers

30 March 2010

Kenape ek???

hmm.. post kali ini agk beremosi ckit.. hmm, npe ek sesorg tu xpnh mghargai ape yg kte dh uat pd dia? aku pn pelik.. npe lh manusia ni cm tu.. Mgkin btul pe yg abah aku ckp, setiap org, lain caranya dia mghargai seseorg, ade yg tunjuk, ade yg xtunjuk.. same gak dgn org yg bkasih syg.. ade sesetgh psgan tu dia tunjuk kasih syg, ade sesetgh tu dia xtnjuk, sampai kte pn kompius, dia ni syg aku ke x.. hmm.. mcm2 kan..

kali ni bkn nk ckp byk psl psgn pn, tp psl tempat keje.. majikan ni ha.. suke ati dia nk mrh.. mrh bkn sbb kslahan kte.. mmglah majikan ade hak nk mrh kte, tp mrh bkn sbb kslahan kte.. laki dia mrh dia, kte jd tmpt lps.. ade ke ptt? tu ke majikan yg baik..?? bkn nk kutuk mna2 pihak, atau mgata mana2 pihak.. sekdr bkongsi cerita.. klu ade yg terasa, minta maaf lah ye, bkn ckp psl anda pn..

Sekadar berkongsi petikan dari himpunan hadits yg di perolehi dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

Hadith :
“Daripada Anas r.a. katanya, aku tidak pernah menyentuh sutera tebal atau nipis yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w. Aku juga tidak pernah mencium bau-bauan yang lebih harum daripada bau Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya aku telah berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun, tidak pernah baginda berkata kepada aku perkataan ah dan tidak pula pernah menyoal sesuatu yang telah aku lakukan dengan mengatakan-“Mengapa engkau lakukan demikian?” dan semasa aku tidak melakukan sesuatu tidak pula baginda menyatakan, “Alangkah baiknya jika engkau tidak berbuat demikian.”

Riwayat Al- Bukhari dan Muslim

Huraian
1. Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling baik dan sempurna akhlaknya, meliputi cara bergaul, bertutur dan bertindak.
2. Seseorang majikan yang baik ialah orang yang boleh menunjukkan contoh tauladan kepada pekerjanya sehingga pekerja merasa selesa untuk bekerja dan berkhidmat dengan sempurna kepada majikan.
3. Seorang majikan hendaklah pandai mengambil hati pekerjanya. Tegur dan nasihatlah dengan cara yang baik dan penuh hikmah supaya tidak menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pekerja sehingga menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan, mogok dan sebagainya.

Sepatutnya majikan yg baik mempunyai segala ciri-ciri yang telah di nyatakan dlm hadits tersebut.. tp, dgn situasi yg berlaku skrg, aku tgk, xde pn.. hmm.. sekadar renungan bersama.. Manusia mmg xsempurna, dan tidak akan sempurna, tetpi hubungan sesama manusia, hati sesama manusia yg lain, perlu dijaga, semuanya ade hak.. hak utk tidk di sakiti sesuka hati.. Jd, renung-renungkan dn selamat beramal..


nota tgn : Entri ini, sy menasihtkan diri sy juga..

No comments:

Post a Comment