Followers

21 February 2014

Saat Aku Terima Nikahnya

Lama betul dah tak menjenguk ke sini.. Rindu nak berkongsi cerita kisah cinta. Alhamdulilah. Aku kini bergelar isteri kepada Mohamad Hafiz Bin Esa dengan sekali lafaz. Syukur Ya Allah, dipermudahkan segalanya.. 18 Mei 2013, menjadi tarikh pernikahan dan persandingan kami.. Alhamdulilah syukur..

Kini genap 9 bulan usia perkahwinan kami.. MAsih berdoa agar dikurniakan rezeki zuriat yang ramai buat kami.. Allah maha mengetahui segalanya.. Semoga aku diberi peluang untuk memiliki zuriat sendiri dari rahim ku.. Amin Amin..












Semoga perkahwinan ini kekal hingga akhir hayat.. Bercinta sampai syurga..

Buat Suamiku, bimbinglah aku ke jalan yang di redhai Allah.. sayangiku, cintai aku, janganlah kau sakiti hati ini..












09 May 2013

Menghitung hari

Tinggal 9 hari lagi untuk mengakhiri zaman anak dara.. Semoga semuanya di permudahkan. Sangat berdebar :)

12 March 2013

150 juta ??


150 juta? aku rasa aku dah jatuh cinta dengar lagu ainan tasneem ni. Masa memula lagu ni aku dgr, aku tak amik port sgt sbb mcm xde ape. Tapi lepas gaduh yang teruk tuh, aku terdengar lagu ni, dan aku terus jatuh cinta dengar lagu ni.. Hari-hari nak dengar, sampai bawa dlm mimpi.. Hikhik.. poyo jek. Dan ade satu hari tu aku dengar, sampai mengalir air mata. Lirik dia mmg memberi impak yang besar dlm hidup aku. dan masa tu aku rasa, aku bsyukur sgt sbb di pertemukan dengan tunang aku.. 

Ye,betul, setiap hari setiap kali jumpe, mmg aku selalu tanya dia, nape awk suke sy? ape sbb awk pilih sy sebab awk kan rmai kwn perempuan, rmai skandal.. Boleh jd 150 juta kali kot aku da tanya dia. Bkn aku je tanya, mungkin kawan2 dia pun ade tanya kot.. hihi.. 

dan setiap kali pertanyaan tu di ajukan, ni lah dia selalu jawap, "Abg pilih ida sebab Allah dah pilih ida untuk abg" :') setiap kali dia jawap cam tu, sebak hati.. hukhuk.. tapi mmg gatal, suka sgt nak dgr dia ulang byk2 kali..

untuk pengetahuan abg pun, ida pilih abg sebab allah pilih abg untuk ida. walaupun ida selalu merungut kat abg, seolah-olah macam ida tak bsyukur, tapi sebenarnya ida bsyukur sgt.. walaupun abg mcm dawai besi, tak de perasaan, tapi ida taw, abg syg ida.. tapi klu dapat, pas kawin, abg romantikla sikit, amek berat psl ida.. hikhik.. sebelum kawin, xpe, ida maafkan..

Lagu 150 juta ni, aku merasakan seolah-olah segala pertanyaan aku terjawap.. Lirik dia penuh makna.. :)dan lirik yang paling menyentuh perasaan tu..

Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata



  so jom layan.. aku nak layan sampai 150 juta kali..





Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua




11 March 2013

Makin dekat makin..


Dah lama tak mencoret rasa di blog nih.. Hari ini, rasa nak mencoret sesuatu. Macam tajuk kat atas tu, makin dekat makin....? Macam-macam kita boleh letak, untuk mencantikkan ayat tu. Apa yang aku lalui, makin dekat makin teruk bergaduh, makin dekat makin bahagia, makin dekat makin kita kenal siapa pasangan kita, makin dekat makin kte tahu banyak kebenaran dalam hidup kita, makin dekat makin banyak kebenaran yang kte temui. Syukur, Allah bukakan semua jalan dan pintu, untuk aku teruskan perjalanan, besama-sama mengharungi segala rintangan. Doakan kami. :)

Ye, Bila kami bergaduh, memang teruk. semua orang pun pernah gaduhkan. Setiap kali kami bercakaran, bergaduh, aku selalu berdoa, " Ya Allah, andai ditakdirkan dia jodoh ku, dekatkanlah hatinya dgn hatiku, jika dia tidak ditakdirkan untukku, jauhkan dia dari ku".. Alhamdulilah.. Mungkin Allah menjawap doa ku. Mungkin dia jodoh ku. setiap kali bergaduh, kami belajar sesuatu, memahami sesuatu.. dan setiap kali kami bergaduh, setiap itu kami dekat.. semoga bergaduh ni membawa kebahagiaan.. kalau mcm ni, gaduh hari2 pn xpe.. hikhik.. isk.. jauhkan..

Jadi, Dengarkanlah.. kadang-kadang ade pekara yang kite xdpt luahkan melalui kata-kata.. hanya lirik dan lagu dapat mengambarkan segalanya..

Sayangku bagiku kau mempersona

Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada



Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira



Tak pernah terlintas di hatiku ini
Untuk curangi dan berpaling pada yang lain
Namamu saja yang terukir di hati
Kau menerangi diriku di kala ku sepi



Hanya kamu saja yang mampu membuatku selalu ceria
Kamu saja yang mampu membuat aku tertawa
Kamu saja yang mampu membuat ku jatuh cinta
Kamu saja yang mampu membuat diriku bahagia



Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada



Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira







21 January 2013

Sharing is caring

Kalau dah BERTUNANG batas hubungan dengan orang lain patut kita jaga, jangan dah BERTUNANG..tapi tak jaga batas, anggaplah BERTUNANG tu macam training untuk ke alam rumah tangga.

Jauhkanlaaah..

Ya Allah, kau jauhkanlah bakal suami ku dari segala kejahatan dan org2 yg berniat jahat padanya pada hubungan kami.

Ya Allah, kau teguhkanlah hubungan kami, kuatkan hati kami utk menempuh dugaan mendatang.

Ya Allah, andai dia bukan jodoh ku, kau jauhkan lah dirinya dari diri ku, agar aku bisa teruskan hidup tanpa dirinya..

Sesungguhnya aku lemah dalam menempuh sgala dugaan ini.

Ya Allah, bantulah hambamu ini.. Amin ya rabbal alamin...

19 January 2013

Bila kita rsa sunyi..

Yee.. bila kita rasa sunyi, bru kita tahu yang kita sebenarnya keseorangan. Bila kita sunyi, baru kita tahu tak ade seorg pn yang peduli pasal kita. Bila kita sunyi, baru kira tahu yang kita ini tidak penting untuk sesiapa..

Bila kita perlukan seseorang, xsemua ada msa utk kita. Bila kita perlukan seseorang, tak semua sudi melayani kita..

Betapa perit nya perasaan itu, bila kita tahu yang dia sibuk melayani yang lain berbanding kita. Betapa sakitnya jiwa, bila kita rasa  yg benda lain lagi pentind dari kita..

Dan saat itu, aku harus akur dan pasrah... redha dan menyerah.. :'(

18 January 2013

Di saat itu..

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya dulu..

Disaat kamu mulai tidak mencintainya. Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya dulu..

Disaat kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya dulu..

Disaat kamu ingin menduakannya, ingatlah saat dia jujur kepadamu..

Tetapi, awas! Jangan sampai disaat dia sudah tidak berada disisimu lagi, baru kamu sedari betapa bermakna semuanya untukmu..

Oleh itu, belajarlah jujur untuk diri sendiri, lakukan apa kata hari sehingga kamu tidak perlu lagi menyembunyikan apapun dalam hidupmu..

Indah dan kenangan

01 January 2013

Selamat tahun baru + selamat hari lahir

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi, sy di beri peluang untuk meneruskan perjalanan hidup di tahun baru. Memasang niat dan azam utk menjadi seorg hamba Allah yang menyempurnakan tanggungjawabnya, menjadi serang anak yang solehah serta taat kpd kedua ibu bapa dan Insyaallah, akan bergelar seorang isteri, teman yang halal utk seorang suami.. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan..

01.01.2013, genaplah 31 tahun, encik tunang berada di dunia.. Dengan kesempatan itu, sy dengan secara suprise tapi da tak berapa suprise sebab dah kantoi.. Hehehehehe... Jadi, ini yang termampu sy sediakan..

Buat encik tunang, Bakal suamiku, Bakal imam ku, selamat hari lahir sayang, Ida doakan abg sentiasa dimurahkan rezeki Dan menjadi insan yang baik dunia Dan akhirat.. Amin..

14 December 2012

Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa?




Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.


Semoga saya adalah tulang rusuk kiri awk dan Insya Allah, hanya saya seorg :)


07 December 2012

Percubaan pertama

Percubaan pertama mengupdate bloq guna hp.. hehehe.. meh kita layan madah indah utk malam ini..

Bila dah bosan, ni lah hasilnya :)

 Macam menakutkan jek tengok tajuk kat atas tuh (Macam takde kene mengenakan) sebenarnya ngah risau ni. persediaan tawen pungpang nih.. Hahaha.. smpat ke.. kalau di fikir-fikirkan, banyak lagi yang xsetel. Takpe, rileks, insya Allah, semuanya di permudahkan. Pekara baik, mesti dipermudahkan dan ade jugak halangan yang rintangan. Ya Allah, permudahakanlah urusan kami utk menjadi pasangan yang halal semata-mata keranaMU. Amin..

Dalam diam-diam, tak sangka dah 2 tahun 7 bulan 1 minggu dan 2 hari kami berkenalan. Haha, mengimbau kenangan, cinta di muka buku. Saya yang mengorat dia, ye, mengaku. Padahal masa tu masing-masing da ade bf/gf. Tapi kalau nak kawan-kawan tak salah kan. Kawan jek. Tak lebih dari tu :P ( Dalam hati, poypoy jek) Sepanjang pekenalan kami, kami berkongsi minat yang sama. Dia minat kereta, saya pun sama, kami sama-sama kaki wayang. Bkn setakat kaki, seluruh badan. Pantang ada cerita baru kat wayang, laju je nak gi tgk. Tapi jodoh kami berkawan tak panjang pun.. Last-last dah taknak kawan.. Uwekk,,, xnak kawan :p

Setelah lama tak kawan, masing-masing bawa haluan sendiri, sy pun mencari-cari bf baru la, nak kawin kan.. ade kenal dgn someone, tp malangnya, tak lama. Bye bye la kat dia. Tapi, akhir bln 3, dia ni nak kawan balik dgn kita. Jadi bermula la saat kami berkenalan semula, mengenal hati dan budi. Tapi dia ni perasaan kacak sgt, smpai banyak pilihan, Bak kata kawan baik dia, abg olie, dia ade pilihan dari A -Z. Isk isk, xtaw nak pilih yang mna. Ramai tu.. Korang Ada? Kompem la xde. Hanya org-org yang kacak jek, mampu buat cm ni.. HAhHAHAH.. gelak jahat :p kami kenal balik da 1 thn 8 bulan 2 minggu 1 hari. HIKHIK

Lepas dah kenal-kenal, raya tahun 2011, dia bawa saya jumpe family dia. Saya pun sama. First time ni, memang nebes tahap melampaula, takut kene reject dan di reject. Tapi, bkn nak puji la, mmg agak gentelman la, dia menyatakan hasrat hatinya pada ayahku pada pertemuan kali pertama. Wahhh!! sweet child of mine.. Tahniah yek.. Akhirnya, bila di luluskan oleh kementerian Rumah tangga cheras dan selayang, akhirnya sy bergelar tunang dia. dan sekarang masih bergelar tunang. Da 7 bln, 1 minggu dan 2 hari je.. Ade 160+++ to go nih.. GO Go Go GO !! Tapi dalam jadi tunang ni, huh jgn cakapla, jadi tunang kepada Mohamad Hafiz Esa ni betul-betul menguji kekuatan mental dan fizikal. dah jd mental pun ye gak.. HAHAHA..

Lagi 5 bln, 3 minggu dan 3 hari lagi nak bergelar isteri yang sah, yang kau kucup dahinya, yang kau peluk dirinya, yang kau sygi dia. Wahhh!! gelojoh i taw.. Insya Allah. Banyak lagi dugaan dan rintangan yang perlu di lalui ni. Doakan dipermudahkan segalanya. Banyak lagi benda xsetel ni. Nak kene setelkan cepat, sementara stok masih ada.. Kelas kau JAH !!


As Per Today (07/12/12)

Jadi, jom lah layan lagu ni.. Tibe-tibe jek kan.. HAHAHAHA.. ni ngah sengal kat opis. Lepak jap mengbeloqkan diri.. (Nagis sasterawan negara baca pekataan ni).

Buat sang kenari silver + Hitam yang bakal sarung muke baru, i lebiyu ketat-ketat la. Tanpamu, aku lemah, tanpamu, aku rindu, tanpamu, aku lapar, tanpamu, aku hilang semangat, tanpamu, aku cari org lain ( hehehehe, gurau je apiz, tak de org boleh replace tempat u, di hati jiwa, jantung, buah pinggan, dan sebagainya utk i, u know me better or butter, rite) HAHAHAHA...




NOAH – Tak Lagi Sama

Cerita ini tak lagi sama
Meski hatimu selalu di sini
Mengertilah bahwa ku tak berubah
Lihat aku dari sisi yang lain

Bersandar padaku, rasakan hatiku
Bersandar padaku

Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu tuk memelukku
Kau melengkapiku, kau sempurnakan aku

Waktu yang telah kita lalui
Buatmu jadi lebih berarti

Luluhkan kerasnya dinding hati
Engkaulah satu yang aku cari

Bersandar padaku, rasakan hatiku
Bersandar padaku ooh

Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu tuk memelukku
Kau melengkapiku, kau sempurnakan aku
Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu menemaniku
Kau menenangkanku, kau melegakan aku

Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu tuk memelukku
Kau melengkapiku, kau sempurnakan aku
Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu menemaniku
Kau menenangkanku, kau melegakan aku 



Lagu ni saya tuju khas utk awk yek :)


29 November 2012

- Berubah -


Ye, betul, manusia boleh berubah. Berubah kerana manusia lain, masa, waktu dan keadaan. Disebabkan itu, manusia boleh lupa diri, lupa budi, lupa segala pengorbanan yang telah org lain lakukan demi kebahagiaan orang lain.

Itulah yang jadi pada keadaan sekarang, kerana manusia lain, ada insan lain yang teraniaya. Bukan nak buka aib orang, tapi kita sekadar manusia, yang tak pernah lari dari kesalahan dan kesilapan. kita patut bersyukur bila ada org lain yang sudi menasihati dan menegur kita. mengingatkan apa yang kita pernah terlupa, apa yang pernah kita lakukan. 

Kita perlu ingat, sebenarnya ORG yg mnegur kita adalah dari Allah. Peringatan tu dari Allah. Cuma cara Allah tegur kita mlalui pantaraan manusia. Kita bukan sesiapa tuk dpt wahyu terus dari Allah. Jadi, Allah bagi teguran itu mlalui mereka yg menegur kita.Allah bg kkuatan kpd mrk utk mnegur kita. Terima kasih walaupun adakalanya hati terasa pedih. Igtlah HIDAYAH itu milik Allah, kita manusia hanya menjadi perantara sahaja.

Memang perit, pedih melalui situasi ape yang saya tengah hadapi. Pengorbanan yang telah dilakukan, dilupekan dalam sekelip mata. Insan yang banyak membantu semasa senang, boleh di lupakan. Saya sangat kesal. Bukan itu sahaja, malah menuduh kita yang kita tidak matang, 'mulut jahat', tak respek orang. Apakah istilah respek pada pandangan anda? adakah saya bergitu terlalu kurang ajar? atau anda xlayak di respek? saya masih menghormati anda, tapi anda buat saya hilang sabar. Anda sangat tidak matang. Lari dari masalah, tak dapat terima kenyataan dan hakikat. Tolonglah, fikirlah apa yang telah anda lakukan pada orang lain.

Malah anda telah membuka aib sendiri. Mungkin anda yang tidak sedar. Kesilapan anda ialah, tidak merasa diri itu salah, dan anda hanya fikirkan, anda saja yang betul, walaupun anda telah menyiksa jiwa org lain. Orang tuamu. Sesekali buang ego da fikirkan, kenapa semua ini terjadi. Kenapa dia sakit? kenapa dia taknakbalik rumah suaminya? Fikirlah. Malah anda telah memburukan orang lain. dan buat semua org memandang serong pada kami. SEMUA ITU TERJADI KERANA ANDA YAKIN ANDA TAK SALAH DAN ANDA BERADA DI PIHAKYANG BETUL!!..

Jadi, apa jua pendapat, nasihat dan teguran org lain, mmg tidak anda terima. Seolah rasakan diri kami tak layak mengeur anda. Teruskan berasa demikian, sekurang-kurangnya sy telah berusaha memulihkan keadaan, dan sy seorang yang matang, menghadapi masalah. Segala masalah hidup ini, mematangkan sy. Dan saya seolah tidak lagi mengenali anda KERANA ANDA YANG SY KENAL SUNGGUH RASIONAL DAN BERILMU. tapi anda yang sy kenal sekarang, ........ tak dapat di luahkan dgn kata-kata. Takut ia menjadi satu penghinaan. 

Selamat berfikir dan beramal. dan terima kasih kerana telah membuang saya dari hidup anda. Tapi ingatlah, darah yang mengalir dalam badan anda itu, adalah darah yang sama mengalir dalam diri saya. Kerana kita datang darah daging yang sama.

Buat semua yang memandang serong pada kami, terima kasih kerana anda turut tidak matang. Masalah ini tidak ada mengena dgn anda, untuk alasan apa kami dipandang serong? Jangan dengar cerita sebelah pihak sahaja, dengar kedua-dua belah pihak, sebelum anda menjatuhkan hukuman. dan sekali lagi, terima kasih kerana mematangkan kami.

Nota kaki : cerita tidak ada kene mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Sekadar meluahkan isi hati yang telah lama di pendam dan yang diperolehi dari mimpi semasa tidur.



26 November 2012

- JOM KITA LIKE -

 
 Baru-baru ni terpandang satu contest di facebook. Teruja nak join. Ni lah contestnya :



Tanpa melengahkan masa ( tapi agak lengah gak, mencari gambar yang sesuai), saya terus upload gambar. Jadi ini lah hasilnya, just klik link kat bawah ni, dia akan pergi direct ke page tu. Just follow the instruction taw : 





Jom lah support kami. Like anda amatla di hargai.

Terima kasih u olsss :)


23 November 2012

- Hingga Akhir Nanti -

Awak,
Kita berkenalan secara tidak sengaja,
adalah perancangan Allah.

Kita berkawan begitu lama bertahan,
persahabatan kita pun,
Allah yang rancang.

Kita dikurniakan rasa suka,
antara satu sama lain pun,
Allah yang beri..

Kita masih bersama,
Walau banyak dugaan menimpa,
Allah yang aturkan..

Kita dikurniakan,
Kesedaran dan keinsafan juga,
Kerana Allah sayang pada kita..

Kita berjauhan,
Untuk mencapai redha-Nya juga,
Dia yang rancang..

Kita berdoa,
Untuk kebahagiaan masing-masing juga,
Allah yang detikkan dalam hati kita..

Dan ketahuilah,
Sama ada hubungan kita akan bekekalan hingga ke syurga,
atau, 
terputus di tengah jalan juga,
Allah yang akan tetapkan..

Andai kamu, MOHAMAD HAFIZ BIN ESA,
Jodoh yang telah ditetapkan,
Allah di Luh Mahfuz untuk saya..

InsyaAllah,
Kita akan bertemu juga,
Walau dipisahkan dengan jarak dan masa..

Subhanallah aku mencintainya

Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Ya Allah,
Jagakan dia untukku,
Peliharalah imannya,
tabahkan hatinya,
dan..
Bahagiakannya selalu..

Amin Ya Rabbal..

Dariku untukmu,
-Ida-





Luahan hati, Menghurai kata

Kehadapan hati,
Aku tahu kau selalu di sakiti, di lukai,
tapi kau terus tabah melalui hidup,
kau terus kuat mengharungi onar dan ranjau hidup,
kadang-kadang,
aku ingin menjadi kuat sepertimu, ingin terus tabah bersamamu..

Wahai Hati,
Dugaan menjadi tunangan org sangat maha dasyat,
Dugaan menjadi tunangan org sangat maha hebat,
Dugaan menjadi tunangan org sangat maha menguji,
Dugaan menjadi tunangan org sangat maha menduga,
Betapa kuatnya dugaan yang Allah beikan untuk menguji,
kekuatan, kesetiaan, dua hati, yang bakal di satukan,
yang bakal bersama, semata-mata kerana Allah.

Wahai Hati,
Kadangkala aku rimas,
Kadangkala aku penat,
Kadangkala aku kecewa,
Kadangkala aku putus asa,
Untuk meneruskan hubungan,
Untuk meneruskan ikatan,
Kerana aku tidak kuat,
untuk mengharungi,
Untuk meneruskan,
Kerana aku tidak sekuatmu, wahai hatiku..

Dia buatku rasa di uji,
Dia buatku rasa teruji,
Dia buatku rasa tercabar,
Kerana tahap kesabaranku ada hadnya.

Aku akui,
Tanpa dia, aku sunyi,
Tanpa dia, aku sepi,
Tanpa dia, aku merasa kehilangan,

Tetapi,
Kadangkala aku perlu melepaskannya,
Membiarkan dia, hidup tanpaku,
Kerana ku tahu, mungkin dia lebih bahagia tanpaku,
Hidupnya lebih tenang, tanpa kehadiranku.

Ya Allah,
Andai dirinya tercipta untukku,
Satukanlah hati kami,
Murahkanlah rezeki kami,
Jauhkan kami dari segala pekara yang boleh mengubah hati dan cinta kami,
Satukan kami atas nama cinta Mu, YA ALLAH..

Buatmu, wahai hatiku,
Teruskan dengan ketabahan mu,
Teruskan kuat, demiku,
Teruslah, bersamaku
Kerana, hanya mu yang menguatkan diriku, semangatku..



Nota kaki : Wahai semua yang membaca, terbaca luahan ini, Doakan kebahagiaan kami, doakan, agar cinta kami kekal hingga akhir hayat, hingga syurga :)



08 October 2012

- Dari ku untuk Mu -

bismillah

Dah lama rasanya tak menulis dan mengupdate blog. Biasalah, sibuk bergaduh, pastu baik, pastu bergaduh, pastu baik, pastu kecik hati, pastu kecewa, pastu nagis, pastu rasa menyesal, pastu rasa nak cari lain, pastu baik balik, pastu bunga-bunga cinta balik. Hehehehe.. tu jela yang di lalui lepas 6 bln menjadi pasangan bertunang.. Dugaan menimpa-nimpa. Alhamdulilah, tu yang mematangkan kami. Hari ni plak, ade rasa nak menjiwang pulak, jd.. ni khas untuk awk..

P/s : Lagu This i Promise You, dia bg kat sy.. Promise lah sgt ek.. Suke uat sy sakit hati lg ade ler.. Tengkiu ye awk.. :)









28 September 2012

- Andai Lelaki tahu..-




Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


21 September 2012

- Luahan Hati, Penawar Luka -





"Jika seseorang mencuri hati pasangan kita, tidak ada dendam yang lebih baik daripada kita membiarkan dia menjaga pasangan kita, kerana sekiranya pasangan kita seorang yang setia & benar mencintai kita tidak mudah dicuri hatinya melainkan dia sendiri yang mahukannya"