Followers

07 June 2012

- Majlis Pertemuan 2 hati -

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi, dengan limpah kurniaNya, Majlis pertemuan dua hati berjalan dengan lancar.. Terima kasih kepada semua, yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis kami.. Jom layan gambar, sedikit sebanyak yang di rakam pada hari majlis pertunangan kami. Jurumekap dan juru kamera yang terbaik di datangkan khas dr TNB.. :) tq syg-syg semua..


Juru Kamera : Wadie dan Meor Muzzamer
Juru Mekap : Muni
Pembantu segalanya : Kak shud, Hanisah, Kecik, Sazrin..



Hantaran Dari pihak lelaki dan perempuan 
* warna pink : pihak perempuan ke pihak lelaki
* warna oren + hitam : dr lelaki ke pihak perempuan



* Gambar dgn encik tunang xde, sebab dia tidak di benarkan hadir pada majlis bertunang.. Adat prlu di ikuti :)

Semoga hubungan kami kekal hingga akhir hayat. 11 bulan lagi sebelum kami bergelar suami dan isteri.. Adat bertunang byk dugaan dan cabaran dalam menempuh tempoh-tempoh bertunang ni.. Doakan kami dapat menempuhnya dgn sabar dan tabah..








03 April 2012

- CiNtA MuKa BuKu -

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kisah cinta kami bermula di muka buka. Dari kawan biasa, menjadi teman rapat. Dia seorg sahabat dan abg yang baik utkku, Maklumla, sy ni xde abg, anak sulung. Namun Hubungan perkenalan dan persahabatan kami tidak berpanjangan kerana saat itu, dia masih dimiliki oleh org lain dan dia membuat keputusan untuk bersamanya. Aku redha, dan mulai saat itu aku cuba dan terus mencuba untuk melupakannya. Pengantinya ku cari, namun tak seperti dirinya.


* pic yang di ambil buat kali pertama*

Dia bknlah sehebat Nabi Muhammad SAW, bknlah setampan Nabi Yusuf AS, namun dia cukup sempurna sebagai manusia biasa dan cukup sempurna di mata ku. Walaupun perangainya agak menyakitkan hati, tapi bila tak bertemu timbul rasa rindu. Walaupun banyak benda yang dibuat menguris hati, tapi ia tak standing dengan kasih sayang yang telah diberikan.





Disaat aku telah kehilangannya, Aku hanya berdoa dan berserah. Yakin, andai dia tercipta untukku, kami akan kembali bersama. 6 bulan selepas itu, penantian ku berakhir. Sekembalinya dari menunaikan umrah di tanah suci Mekkah, dia kembali mencariku, menghadiakan 2 pasang jubah dan persahabatan kami kembali terjalin. Saat pertama kali bertemu semula, bila dia membawaku mengikutinya ke bukit tinggi bersama rakan-rakan kelab keretanya. Agak terkejut, tapi Alhamdulilah, mungkin ini permulaan persahabatan kami sekali lagi. Namun cerah tak berpanjangan, sekali lagi hubungan kami di turunkan dugaan dan hampir membuat aku berputus asa untuk meneruskannya.

Kata org, kalau dah jodoh tak kemana, pada bln Januari 2012, keluarganya telah datang untuk merisik dan kami bakal mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat. Saat yang indah apabila aku turut di lamar juga di muka buku. Nilah baru dinamakan CINTA MUKA BUKU. Insya Allah, jika diizinkan Allah, 2013 menjadi saksi penyatuan hati kami dan disaat itu, sepanjang hidupku akan bersamamu hingga akhir hayat, aku milikmu. Semoga cinta kita terus teguh dan kukuh dan kerana cinta kita semata-mata hanya kerana Allah S.w.t. Amin.


CINTA ITU APABILA BERTEMU & KITA MEMBUAT PILIHAN YG TEPAT


- Lagu Cinta saya -

Christina Perri – A Thousand Years Lyrics

Heartbeats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What’s standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more

One step closer
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more




- Selamat Datang Wahai April 2012 -

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Selamat datang wahai april ku.. kedatanganmu di tunggu, hadirmu ku sambut dengan penuh debaran.. semoga segala yang terjadi dlm bulan mu, membawa seribu makna dalam hidupku. suatu hari yang mengubah status diriku, satu tahap ke alam baru.. Semoga semuannya di permudahkan.. Amin


"One step Closer"

09 March 2012

#4


Kadang-kadang..


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dah lama sy tak menconteng di blog ni. Dah bersawang mungkin. Alhamdulilah, bz sedikit, hari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan. Mempersiapkan diri, mental dan fizikal sebelum menempuh hari mendatang dan bakal melangkah ke alam baru.

Kadang-kadang ingin sy meluahkan rasa cinta buat si dia, walaupan kami selalu bergaduh, bercakaran, tapi sy nak awak tahu yang sy . Awak lah tempat sy nak bergaduh, bermanja, bergurau senda. tempat sy meluah segalanya, perasaan marah, benci, dendam, kasih dan sayang. Hanya awak..

Buat temanku, kekasihku dan bakal syurgaku,
"Terima kasih atas segalanya. Saya amat menyayangi awk.. Insya Allah, awaklah bakal imam sy. doakan agar hubungan kita berkekalan hingga akhir hayat. Saya tahu, awk banyak terluka kerana sy, (saya pn byk tluka krn awk gak :p), tapi harap awak akan sentiasa bersama saya. mengharungi segala rintangan dan
halangan bersama. Awak adalah anugerah terindah buat saya. tempat sy mencurahkan segala perasaan yang ada.
Insya Allah, CINTA SAMPAI SYURGA "



15 December 2011

Selamat datang DISEMBER 2011 =)

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Selamat datang disember 2011.. Ape yang menarik ek? kite tunggu dan lihat.. hee =)