Followers

12 June 2012

- Selamat Hari Lahir -

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

12 Mei 2012 yang lepas, memang yang dah byk hari lepas, genap lah usia ku yg ke 24thn.. Alhamdulilah, Allah masih memberi peluang ku untuk bernafas, untuk meneruskan hari-hari seterusnya, mengharungi dugaan hidup. Alhamdulilah.. Tahun ni memang agak istimewa juga sebab bergelar tunang. J

Hadiah yang paling berharga sy dapat untuk hari jadi tahun ni, ialah airmata sy keluar xberhenti. Ada ke pagi-pagi birthday nak gaduh. Memang tak patut betul incik tunang ni. Tapi xpe, terima kasih sayang, bkn senang nak menagis masa hari lahir..

First event kami ke Majlis perkahwinan Dasrul dan Ekin kat Serendah, Rawang. Cite sikit pasal dorg ni, sy knl dorg msa keje sbg Data entry kat ZPMC, TPM. Dorg ni memang bercinta satu opis, Alhamdulilah, berkekalan hingga jinjang pelamin, dan semoga kekal hingga akhir hayat. Masa majlis ni memang sangat seronok sbb jumpe, abg berg,  kak pijut, kak saleha, abg am, abg J, amer dan pasangan, hafiz dan pasangan. Sangat lama tak jumpe. Insya Allah, kita jumpe lagi ye.. Tak sempat ambik gambar pengantin pun. Jadi, copy gambar yg ade kat FB pengantin je la.. Anyway, tahniah dasrul dan ekin, semoga bahagia ke akhir hayat.



- Tahniah Dasrul + Ekin -



- Uncle Apis + Nafis - 


Second event kami berjalan-jalan ke space U8, TTDI Jaya, Shah Alam, panjang bebenor namanya. Kat sini, kiteorg saje test MBO cinema kat cini, best ke tak. Maklumla masing-masing kaki wayang. So, Jalan-jalan cari pawagam la. HIkhik.. Nak cite sikit pasal Space U8 ni, dia mmg best, sangat besar dan memang best la. Susah nak di luahkan dgn kata-kata. Tapi mmg terlupe tgk wayang cite ape. Tanya incik tunang pn, dia lupe, maklumla dah tua :p


- Bajet poyo jek -

Third event, incik tunang bawa gi giant shah alam, dia hadiahkan sebentuk cincin. Wah, terharunya. Incik tunang beli tu sebab untuk buat pakai g keje, sebab g keje xleh pkai cincin tunang. Maklumla tunang dia ni lasak orgnya, kang tercabut batu permata tengah-tengah tu. Menagis tak belagu jadinya.


Hari seterusnya, incik tunang belanje dinner. Asalnya nak mkn Kenny rogers kat mines, tapi ayam da abis. Isk isk, ayam pn boleh abis. ( padahal masa tu dah pukul 9 mlm) mau ayam xabis? So kami decide nak mkn nandos.. Nandos pn sama, ayam habis. Jadi dengan rasa sedihnya, kami cube try test kat Jusco Cheras selatan, yang padahal memang dekat dgn rumah, (saje gatal nak gi jauh). Alhamdulilah, dah rezeki, ayam ade lagi. Dengan happynyer kami mengorder. Dan seperti biasa kami jugak customer terakhir. Hehehehe.. rezeki terakhir ni selalunya berkat.



- Muka jejaka tu happy, mcm sambut hari lahir dia jek -

Buat incik tunang yang tersayang, terima kasih sebab sabar melayan karenah sy, (eh, sy pn layan karenah awk juga). Terima kasih kerana menjadi sahabat yang terbaik buat sy, musuh terhandal dlm hidup saya dan kekasih hati sepanjang hidup sy dan sy doakan semoga awk menjadi imam untuk sy dan anak-anak untuk masa akan datang. ^______^


Nota Tangan : Next year, nak hadiah yg best lagi yek.. :) 
glitter-graphics.com



No comments:

Post a Comment