Followers

18 January 2013

Di saat itu..

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya dulu..

Disaat kamu mulai tidak mencintainya. Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya dulu..

Disaat kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya dulu..

Disaat kamu ingin menduakannya, ingatlah saat dia jujur kepadamu..

Tetapi, awas! Jangan sampai disaat dia sudah tidak berada disisimu lagi, baru kamu sedari betapa bermakna semuanya untukmu..

Oleh itu, belajarlah jujur untuk diri sendiri, lakukan apa kata hari sehingga kamu tidak perlu lagi menyembunyikan apapun dalam hidupmu..

Indah dan kenangan

01 January 2013

Selamat tahun baru + selamat hari lahir

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi, sy di beri peluang untuk meneruskan perjalanan hidup di tahun baru. Memasang niat dan azam utk menjadi seorg hamba Allah yang menyempurnakan tanggungjawabnya, menjadi serang anak yang solehah serta taat kpd kedua ibu bapa dan Insyaallah, akan bergelar seorang isteri, teman yang halal utk seorang suami.. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan..

01.01.2013, genaplah 31 tahun, encik tunang berada di dunia.. Dengan kesempatan itu, sy dengan secara suprise tapi da tak berapa suprise sebab dah kantoi.. Hehehehehe... Jadi, ini yang termampu sy sediakan..

Buat encik tunang, Bakal suamiku, Bakal imam ku, selamat hari lahir sayang, Ida doakan abg sentiasa dimurahkan rezeki Dan menjadi insan yang baik dunia Dan akhirat.. Amin..

14 December 2012

Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa?




Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.


Semoga saya adalah tulang rusuk kiri awk dan Insya Allah, hanya saya seorg :)


07 December 2012

Percubaan pertama

Percubaan pertama mengupdate bloq guna hp.. hehehe.. meh kita layan madah indah utk malam ini..

Bila dah bosan, ni lah hasilnya :)

 Macam menakutkan jek tengok tajuk kat atas tuh (Macam takde kene mengenakan) sebenarnya ngah risau ni. persediaan tawen pungpang nih.. Hahaha.. smpat ke.. kalau di fikir-fikirkan, banyak lagi yang xsetel. Takpe, rileks, insya Allah, semuanya di permudahkan. Pekara baik, mesti dipermudahkan dan ade jugak halangan yang rintangan. Ya Allah, permudahakanlah urusan kami utk menjadi pasangan yang halal semata-mata keranaMU. Amin..

Dalam diam-diam, tak sangka dah 2 tahun 7 bulan 1 minggu dan 2 hari kami berkenalan. Haha, mengimbau kenangan, cinta di muka buku. Saya yang mengorat dia, ye, mengaku. Padahal masa tu masing-masing da ade bf/gf. Tapi kalau nak kawan-kawan tak salah kan. Kawan jek. Tak lebih dari tu :P ( Dalam hati, poypoy jek) Sepanjang pekenalan kami, kami berkongsi minat yang sama. Dia minat kereta, saya pun sama, kami sama-sama kaki wayang. Bkn setakat kaki, seluruh badan. Pantang ada cerita baru kat wayang, laju je nak gi tgk. Tapi jodoh kami berkawan tak panjang pun.. Last-last dah taknak kawan.. Uwekk,,, xnak kawan :p

Setelah lama tak kawan, masing-masing bawa haluan sendiri, sy pun mencari-cari bf baru la, nak kawin kan.. ade kenal dgn someone, tp malangnya, tak lama. Bye bye la kat dia. Tapi, akhir bln 3, dia ni nak kawan balik dgn kita. Jadi bermula la saat kami berkenalan semula, mengenal hati dan budi. Tapi dia ni perasaan kacak sgt, smpai banyak pilihan, Bak kata kawan baik dia, abg olie, dia ade pilihan dari A -Z. Isk isk, xtaw nak pilih yang mna. Ramai tu.. Korang Ada? Kompem la xde. Hanya org-org yang kacak jek, mampu buat cm ni.. HAhHAHAH.. gelak jahat :p kami kenal balik da 1 thn 8 bulan 2 minggu 1 hari. HIKHIK

Lepas dah kenal-kenal, raya tahun 2011, dia bawa saya jumpe family dia. Saya pun sama. First time ni, memang nebes tahap melampaula, takut kene reject dan di reject. Tapi, bkn nak puji la, mmg agak gentelman la, dia menyatakan hasrat hatinya pada ayahku pada pertemuan kali pertama. Wahhh!! sweet child of mine.. Tahniah yek.. Akhirnya, bila di luluskan oleh kementerian Rumah tangga cheras dan selayang, akhirnya sy bergelar tunang dia. dan sekarang masih bergelar tunang. Da 7 bln, 1 minggu dan 2 hari je.. Ade 160+++ to go nih.. GO Go Go GO !! Tapi dalam jadi tunang ni, huh jgn cakapla, jadi tunang kepada Mohamad Hafiz Esa ni betul-betul menguji kekuatan mental dan fizikal. dah jd mental pun ye gak.. HAHAHA..

Lagi 5 bln, 3 minggu dan 3 hari lagi nak bergelar isteri yang sah, yang kau kucup dahinya, yang kau peluk dirinya, yang kau sygi dia. Wahhh!! gelojoh i taw.. Insya Allah. Banyak lagi dugaan dan rintangan yang perlu di lalui ni. Doakan dipermudahkan segalanya. Banyak lagi benda xsetel ni. Nak kene setelkan cepat, sementara stok masih ada.. Kelas kau JAH !!


As Per Today (07/12/12)

Jadi, jom lah layan lagu ni.. Tibe-tibe jek kan.. HAHAHAHA.. ni ngah sengal kat opis. Lepak jap mengbeloqkan diri.. (Nagis sasterawan negara baca pekataan ni).

Buat sang kenari silver + Hitam yang bakal sarung muke baru, i lebiyu ketat-ketat la. Tanpamu, aku lemah, tanpamu, aku rindu, tanpamu, aku lapar, tanpamu, aku hilang semangat, tanpamu, aku cari org lain ( hehehehe, gurau je apiz, tak de org boleh replace tempat u, di hati jiwa, jantung, buah pinggan, dan sebagainya utk i, u know me better or butter, rite) HAHAHAHA...




NOAH – Tak Lagi Sama

Cerita ini tak lagi sama
Meski hatimu selalu di sini
Mengertilah bahwa ku tak berubah
Lihat aku dari sisi yang lain

Bersandar padaku, rasakan hatiku
Bersandar padaku

Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu tuk memelukku
Kau melengkapiku, kau sempurnakan aku

Waktu yang telah kita lalui
Buatmu jadi lebih berarti

Luluhkan kerasnya dinding hati
Engkaulah satu yang aku cari

Bersandar padaku, rasakan hatiku
Bersandar padaku ooh

Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu tuk memelukku
Kau melengkapiku, kau sempurnakan aku
Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu menemaniku
Kau menenangkanku, kau melegakan aku

Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu tuk memelukku
Kau melengkapiku, kau sempurnakan aku
Dan diriku bukanlah aku tanpa kamu menemaniku
Kau menenangkanku, kau melegakan aku 



Lagu ni saya tuju khas utk awk yek :)


29 November 2012

- Berubah -


Ye, betul, manusia boleh berubah. Berubah kerana manusia lain, masa, waktu dan keadaan. Disebabkan itu, manusia boleh lupa diri, lupa budi, lupa segala pengorbanan yang telah org lain lakukan demi kebahagiaan orang lain.

Itulah yang jadi pada keadaan sekarang, kerana manusia lain, ada insan lain yang teraniaya. Bukan nak buka aib orang, tapi kita sekadar manusia, yang tak pernah lari dari kesalahan dan kesilapan. kita patut bersyukur bila ada org lain yang sudi menasihati dan menegur kita. mengingatkan apa yang kita pernah terlupa, apa yang pernah kita lakukan. 

Kita perlu ingat, sebenarnya ORG yg mnegur kita adalah dari Allah. Peringatan tu dari Allah. Cuma cara Allah tegur kita mlalui pantaraan manusia. Kita bukan sesiapa tuk dpt wahyu terus dari Allah. Jadi, Allah bagi teguran itu mlalui mereka yg menegur kita.Allah bg kkuatan kpd mrk utk mnegur kita. Terima kasih walaupun adakalanya hati terasa pedih. Igtlah HIDAYAH itu milik Allah, kita manusia hanya menjadi perantara sahaja.

Memang perit, pedih melalui situasi ape yang saya tengah hadapi. Pengorbanan yang telah dilakukan, dilupekan dalam sekelip mata. Insan yang banyak membantu semasa senang, boleh di lupakan. Saya sangat kesal. Bukan itu sahaja, malah menuduh kita yang kita tidak matang, 'mulut jahat', tak respek orang. Apakah istilah respek pada pandangan anda? adakah saya bergitu terlalu kurang ajar? atau anda xlayak di respek? saya masih menghormati anda, tapi anda buat saya hilang sabar. Anda sangat tidak matang. Lari dari masalah, tak dapat terima kenyataan dan hakikat. Tolonglah, fikirlah apa yang telah anda lakukan pada orang lain.

Malah anda telah membuka aib sendiri. Mungkin anda yang tidak sedar. Kesilapan anda ialah, tidak merasa diri itu salah, dan anda hanya fikirkan, anda saja yang betul, walaupun anda telah menyiksa jiwa org lain. Orang tuamu. Sesekali buang ego da fikirkan, kenapa semua ini terjadi. Kenapa dia sakit? kenapa dia taknakbalik rumah suaminya? Fikirlah. Malah anda telah memburukan orang lain. dan buat semua org memandang serong pada kami. SEMUA ITU TERJADI KERANA ANDA YAKIN ANDA TAK SALAH DAN ANDA BERADA DI PIHAKYANG BETUL!!..

Jadi, apa jua pendapat, nasihat dan teguran org lain, mmg tidak anda terima. Seolah rasakan diri kami tak layak mengeur anda. Teruskan berasa demikian, sekurang-kurangnya sy telah berusaha memulihkan keadaan, dan sy seorang yang matang, menghadapi masalah. Segala masalah hidup ini, mematangkan sy. Dan saya seolah tidak lagi mengenali anda KERANA ANDA YANG SY KENAL SUNGGUH RASIONAL DAN BERILMU. tapi anda yang sy kenal sekarang, ........ tak dapat di luahkan dgn kata-kata. Takut ia menjadi satu penghinaan. 

Selamat berfikir dan beramal. dan terima kasih kerana telah membuang saya dari hidup anda. Tapi ingatlah, darah yang mengalir dalam badan anda itu, adalah darah yang sama mengalir dalam diri saya. Kerana kita datang darah daging yang sama.

Buat semua yang memandang serong pada kami, terima kasih kerana anda turut tidak matang. Masalah ini tidak ada mengena dgn anda, untuk alasan apa kami dipandang serong? Jangan dengar cerita sebelah pihak sahaja, dengar kedua-dua belah pihak, sebelum anda menjatuhkan hukuman. dan sekali lagi, terima kasih kerana mematangkan kami.

Nota kaki : cerita tidak ada kene mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Sekadar meluahkan isi hati yang telah lama di pendam dan yang diperolehi dari mimpi semasa tidur.