'Belajarlah untuk menghargai insan yang masih ada disisi kita.. Kita tidak tahu entah esok lusa mungkin mereka tiada untuk kita menghargai mereka'
Tidak dinamakan hidup jika tidak ada dugaan dan cabaran. Tidak dinamakan kematangan jika tidak ada kekecewaan.
Followers
30 August 2010
26 August 2010
Andai Bisa..

Andai bisa ku memelukmu
Andai bisa ku mencintaimu
Kan ku persembahkan segalanya
Hanyalah untukmu
Andai bisa ku menyentuhmu
Andai bisa ku memilikimu
Kan ku berikan semuanya
Rasa di hatiku
Dan bila jauh rindu hatiku
Ku berharap cepat waktu berlalu
Ku berharap cepat kau di sampingku
Aku yang rindu dan memuja dirimu
mencintaimu
Dalam bisik
Dalam sepi jiwaku
Hanya dirimu
Di hati…
Aku yang rindu dan memuja dirimu
Setia selalu Selalu…
Kenapa ALLAH temukan kita dgn org yg salah??
Terpandang pada satu coretan di facebook yang ingin saya kongsikan di blog ku ini.. Kenapa ALLAH temukan kita dengan org yang salah?? menarik juga utk dibaca dan di kongsikan bersama..♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
nota tangan : Percayalah kita semua pernah rasa dikecewakan dan kecewa itu mematangkan kita. Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH tidak akan menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.. dan berterima kasihlah pada insan yang pernah mengecewakan kita.
24 August 2010
Coretan kata
"Kita akan hilang kebahagiaan jika kita mula membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. setiap takdir adalah ujian, berusahalah menjadi hamba yang sentiasa mencari hikmah pada setiap kejadian. usah ditanya “mengapa” kerana jawapannya telah ada.. cuma masanya belum tiba. phonlah pada Allah diberi kekuatan bagi menangani ujian dan dugaan kerana Allah tidak membebankan hambaNYA dengan ujian yang tak mampu ditangunggnya..kerana apa? kerana SAYANG dan KASIH Allah tiada batasnya.. Ucaplah alhamdulillah atas segala kurniaan Allah..."
Bingkisan kata (part 2)

Suatu masa kita akan bertemu seseorang yang keunikannya sehaluan dengan kita, kita bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan cinta. Ada sesuatu yang tidak ingin kita lepaskan. Seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.
Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih mengingatinya, ketika kita masih menunggunya dengan setia, ketika dia mula mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum. Apabila cinta tidak tercapai, bebaskan diri, biarkan hati kembali melebarkan sayap dan terbang ke alam bebas lagi. Ingatlah, bahawa kita mungkin akan menemukan cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya.
Seseorang yang kuat bukannya mereka yang selalu menang, melainkan mereka yang tetap gigih ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kita belajar tentang diri sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat.
Mencintai bukanlah bagaimana kita melupakan, mendengar, melihat dan melepaskan tapi bagaimana kita memaafkan, mengerti, merasakan dan bertahan. Lebih berbahaya menitiskan airmata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, tetapi air mata yang tersembunyi mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang.
Dalam cinta sesama manusia, kita sering sukar untuk menang. Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya kerana kita bahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kita mencintai diri sendiri. Akan tiba saatnya di mana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, tapi kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya. Sebaliknya, apabila kita benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti kita benar-benar mencintai. Berjuanglah demi cintamu, itulah cinta sejati. Lebih baik menanti orang yang kita inginkan daripada berjalan bersama orang yang sedia ada. Kadangkala, orang yang kita cintai adalah orang yang paling menyakiti hati dan kadangkala teman yang menangis bersama adalah cinta yang tidak kita sedari.
nota kaki : 'Cinta adalah dimana kita mencari, dan terus mencari. Setelah kita menemui cinta hati, tiba masanya kita belajar menghargai, menyayangi dan mengasihi dirinya. Pada masa itu, bermacam perasaan yang akan kita lalui. ada yang indah, pahit, manis, payau dan mcm2 lagi. dan di saat itu, barulah kita sedar yang inilah yang dinama kan CINTA..
Subscribe to:
Posts (Atom)



