Followers

08 October 2012

- Dari ku untuk Mu -

bismillah

Dah lama rasanya tak menulis dan mengupdate blog. Biasalah, sibuk bergaduh, pastu baik, pastu bergaduh, pastu baik, pastu kecik hati, pastu kecewa, pastu nagis, pastu rasa menyesal, pastu rasa nak cari lain, pastu baik balik, pastu bunga-bunga cinta balik. Hehehehe.. tu jela yang di lalui lepas 6 bln menjadi pasangan bertunang.. Dugaan menimpa-nimpa. Alhamdulilah, tu yang mematangkan kami. Hari ni plak, ade rasa nak menjiwang pulak, jd.. ni khas untuk awk..

P/s : Lagu This i Promise You, dia bg kat sy.. Promise lah sgt ek.. Suke uat sy sakit hati lg ade ler.. Tengkiu ye awk.. :)









28 September 2012

- Andai Lelaki tahu..-




Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


21 September 2012

- Luahan Hati, Penawar Luka -





"Jika seseorang mencuri hati pasangan kita, tidak ada dendam yang lebih baik daripada kita membiarkan dia menjaga pasangan kita, kerana sekiranya pasangan kita seorang yang setia & benar mencintai kita tidak mudah dicuri hatinya melainkan dia sendiri yang mahukannya"

20 September 2012

- Dugaan Orang Bertunang -

bismillah

Kerap benar kita mendengar cerita mengenai dugaan bertunangkan?  Benarkah bila bertunang banyak dugaan.. Rasanya ya.. hehe bukan apa sejak nak bertunang ni emosi lain sikit, apa lagi bagi perempuan.

Dari pembacaan saya antara penyebab banyak dugaan ni, sebab syaitan ingin merosakkan pertunangan kita, supaya kita tidak mendekati jalan ibadah kepada Allah. Oleh itu, syaitan sering menghasut dan mengoda agar hubungan itu rosak dan putus.

Antara lain dugaan yang akan berlaku dalam bertunang :

1.       Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sehingga pergaduhan terjadi.

2.       Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda, namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian.

3.       Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. Duit ntah dibelanja ke mana.

4.       Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala.

5.       Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbul setelah anda bertunang.

6.       Jika dulu tunang anda seorang yang tidak kuat merajuk, tiba2 dia ckit2 pun nak terasa. dan anda plak malas nak layan karenah.. ah boleh x keruan jadinya hubungan anda berdua.

7.       Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.

Bagaimana mengelakkan dugaan bertunang menjadi lebih teruk?

1.       Pertama sekali, berdoalah kepada Allah semoga anda dan pasangan terpelihara dari godaan syaitan, berlindunglah kepada Allah.

2.       Bersikap tolenrasi, bawa berbincang, jangan melepaskan amarah tak tentu pasal.

3.       Cuba bersikap mengalah, pujuk pasangan anda. Bersabar sentiasa.

4.       Setialah kepada tunang anda. Jika anda tiba2 diganggu oleh orang ke3, ingat pahit manis hubungan anda berdua. Ingat saat manis anda berdua.

5.       Merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan sistematik.

6.       Jika anda dan dia bersedia dari segi kewangan, maka percepatkanlah pernikahan anda.

7.       Siapkan mental dan fizikal anda. sentiasa berfikiran positif. Jika salah sorang dari anda terjatuh, bimbinglah dia agar hubungan anda akan dapat dipertahankan.

Akhir kata, dugaan bertunang akan dirasai, cuma berbeza kecil atau besarnya dugaan tersebut. Kita harus pandai2 mengawal keadaan. Sebelah kaki da melangkah, tinggal sebelah lagi untuk memasuki alam perkahwinan. Maka, pertahankan dan bersabarlah atas dugaan yang diberikan.








13 July 2012

- Bila nak pujuk -

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Masa tengah kemas-kemas document dalam komputer ni, tibe-tibe terjumpe satu surat lama, dalam file word kat office. Idea ni terluah, bila sy dah tak tahu cara macam mna nak pujuk en.pakwe ni. Masa ni pakwe makwe lagi, tak bertunang lg. Punya lah cari idea, macam manalah nak ajak en.pakwe ni tengok "OMBAK RINDU", sebab memang tahu en.pakwe ni tak layan cerita melayu kat wayang. pikir punya pikir, sy dapat idea yg gila jugak lah bagi sy, sy siapkan satu surat rasmi kat dia. Masa ni dia ade kursus kat ILSAS, Bangi. Ni lah hasilnya..

Zahidah Binti Shaharom



Selangor                                                                                                             2 Disember  2011

Mohamad Hafiz Bin esa
Jemaah Of JDM (JOJ)


43000, Kajang, Selangor

TUAN,
Jemputan dan memohon untuk menemani menonton tayangan Ombak Rindu
Merujuk pekara di atas, saya, Zahidah Binti Shaharom, ingin menjemput dan memujuk tuan untuk menemani saya menonton tayangan ombak rindu di pawagam yang berhampiran.
1.       Ini disebabkan, saya tidak mempunyai teman lain selain tuan. Dengar-dengar, cerita tu amat ‘best’ dan mungkin ia boleh menjadi pengajaran dan pembelajaran buat kita bagi mengharmonikan lagi hubungan. Selain itu, kita juga dapat mengeratkan silatul Rahim supaya ia lebih bahagia.
2.       Berikut adalah synopsis filem berkenaan :

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.

3.       Dengan ini, saya harap, pemohonan dan jemputan saya di terima oleh pihak tuan. Segala kasih sayang amatla di hargai.

“Salam 1 Malaysia”
“Suami di dahulukan, keluarga diutamakan”

Yang Benar,
Zahidah shaharom
Zahidah Shaharom

Nilah hasilnya. Akhirnya permintaan dikabulkan, tapi yang bestnya, en.pakwe boleh kira berape speaker yang ada, berapa lampu yang ada, ventilation Fan ade berapa, dan yang bestnya, Berape org yang menagis pn dia kira. memang jadi CERITA MELAYU YANG TERAKHIRlah sy tgk kat pawagam. layan kat ASTRO FIRST lagi best, bayar RM15.00 je, layan sampai lebam. 


apa-apa pun, bagi siapa yg takde keje, nak mencuba, boleh je.. :)

- DIA Kekasihku -

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Tuhanku..
ketika hati ini  menangis, hanya Engkau sahaja yang tahu

Tuhanku..
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri.
Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku.
PadaMu tempatku menagih kasih.
Ketenangan ku rasa mendekatiMu.
Syahdu malam tak terasa sunyi

Tuhanku..
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan.
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan.
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan.
Pada mereka yang pernah melupakanku

Tuhanku..
Ketika aku buntu.
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan.
Kau tak biarkan aku sendirian

Tuhanku..
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira.
Syukurku melangit pun tak tercapai.
Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai.
Semoga penyesalanku Kau terima.

Terima Kasih Allah kerana sesalu mendengar rintihanku..



- Macam - Macam Perangai -

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Setiap antara kita mesti pernah melalui situasi begini kan : 

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. 

Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati..^^,

 Seimbangkan dunia dan akhirat, terima setiap insan di muka bumi Allah ini, sama dengan kita dan jgn ada perbezaan, jgn membuat perbezaan antara kita. Semoga hidup kita di rahmati dan dilindungi Allah :)